Berjalanlah 1

July 11, 2009

Bismillah,

sudah lama tidak menulis di sini.Keras jari-jari tangan tak tahu nak menaip ape.Tapi banyak perkara yang ingin dikongsikan bersama.Alhamdulillah,syukur ke hadratNya,saya diberi peluang dan iradah untuk berjalan melewati tempat di UK melawat sisters dan diizinkan Allah untuk pergi menziarahi rumah Allah dan tanah haram.

Dan banyak yang saya dapat lihat dan belajar dari pengembaraan kali ini.Boleh dikatakan non-stop perjalanan saya.Dan fahamlah saya kenapa banyak sekali dalam Allah sebut dalam ayatNya kita perlu berjalan2 melihat kebesaran Allah.

Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yamg mendustakan(Rasul-rasul) (surah Al-Nahl,36)

Katakanlah ‘berjalanlah kamu di bumi merantau,lalu memperhatikan bagaimana akibat orang-orang yang berdosa.Dan janganlah kamu berduka-cita terhadap mereka dan janganlah(dadamu) merasa sempit terhadap tipu daya mereka

(surah al-Naml,69)

Alhamdulillah,sepanjang saya di UK,Allah bagi peluang kepada saya untuk berjalan dan merantau ke beberapa tempat dan mengambil pengajaran daripada perjalanan itu.Pesanan saya kepada adik-adik yang berpeluang untuk belajar di  luar negara ialah pergilah berjalan ke tempat di mana islam pernah bertapak dan ambil pengajaran daripadanya.

Jika orang bertanya saya ke mana mahu pergi di waktu cuti.Maka saya tentu akan mencadangkan pergi ke Spain,Turkey,Mesir dan Tanah Haram.Kerana di situ terlalu banyak sejarah-sejarah kita yang boleh diimbau dan dihayati.Pergilah dan lihatlah.Mesti tak akan menyesal.

Siri perjalanan saya ialah ke Tanah Haram- Leeds-Summer Camp UK-Leeds-London-Nottingham-Edinburgh-Glasgow-Aberdeen-Leeds

————————————————————————————————————————————————————————

Summer Camp UK  2009

permandangan pada waktu summer
permandangan pada waktu summer

Untuk kali ni,saya suka untuk bercerita tentang Summer Camp UK 2009.Walaupun sudah tiga tahun saya di UK,hanya tahun ini,Allah bagi peluang untuk bersama-sama sisters semua untuk memenuhi salah satu daripada 10muwasofat muslim iaitu sihat tubuh badan.Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Satu perasaan yang tidak dapat diucapkan.

Selepas sehari balik dari umrah,berehat di Leeds.saya dan fiza terus mempacking barang untuk ke Summer Camp.Tiket pun beli pagi sebelum bertolak.Apa yang pasti semangat berkobar-kobar untuk ke sana walaupun sudah lewat dua hari dari hari program.Sejam sebelum bertolak,kauthar dan iman pulang dari summer camp.Mereka perlu pulang awal untuk persiapan ke umrah untuk group kedua.Dan kami bakal mengantikan tempat mereka.

Oleh kerana tempat camp agak terpencil.Iman dah tunjukkan peta untuk masuk ke tempat perkhemahan.Terbit juga perasaan risau di dalam hati kami andainya tersesat jalan.Sampainya kami di dentinasi,Allah pertemukan dengan sisters birmingham.Mereka pun terpaksa pulang awal.Sedihnya sebab tak dapat bersama-sama mereka bersummer camp.

Tapi,insyaAllah,perancangan Allah itu cantik.Dan kami  juga meminta sister birmingham untuk melukis peta ke tempat perkhemahan sister.Mereka telah terlebih dahulu memberi ‘warning’ kepada kami kepada lembu-lembu dan agas!

Kami menaiki teksi dan sampai di main entrance.Sekali lagi Allah tolong!Kami melihat kelibat orang yang memakai tudung dari kejauhan menuju ke arah kami.Kami yakin itu mungkin sisters kami!Yup,dari jauh,kami sudah melambai kepada mereka.Kami  kemudian bersama turun ke tempat perkhemahan dan terpaksa melalui lembe-lembu yang meragut rumput.

Daripada cerita sister itu,dah ada beberapa orang yang hampir dikejar oleh lembu.Huhu.Tapi,memanglah sangat logik kenapa lembu itu akan kejar.Sebab kami yang menganggu kasawan mereka.Tapi,kami akhirnya kami sampai dengan selamatnya,Dan sampainya kami di tempat camping,kami disambut dengan ‘warmly’ oleh semua sister.Bahagianya perasaan ini.

bakal merindui suasana ini..masa yang terluang digunakan sepenuhnya
bakal merindui suasana ini..masa yang terluang digunakan sepenuhnya

War Games

Tema summer camp ialah menyelusuri sirah maghazi(kisah-kisah perang).Alhamdulillah,berpeluang mendengar kisah-kisah perang dan merasai perasaan berperang.Kami berpeluang untuk merasai perasaan sahabat-sahabat ketika berperang melalui war game.Perasaan takut,ingin menang,resah,gelisah.Semuanya bercampur-baur.

Takut terbunuh dengan belon air!!.Ya Allah,kenapa sahabat-sahabat tak takut pun dengan pedang dan serangan pemanah.Sedangkan aku…takut dengan peluru air.Perasaan ingin syahid itu berkobar-kobar tapi adakah cukup kuat jika aku betul-betul di medan perang??

Matikan aku dalam syahid,ya Allah.Biarlah,langkahku dan impianku hanya untuk syahid.Semoga segala amal dan perbuatan untuk mendapatkan redhaMu,Ya Allah

Pengajaran yang kami ialah tentang pergantungan kita kepada Allah dalam setiap hal.Bagaimana niat kita terlalu senang berubah.kadang-kadang,kita lawan sebab nak menang,bukan sebab buat kerana Allah atau nak tegakkan agama.Atau jika dah menang,kita merasakan itu adalah kerana usaha kita dan membawa kepada ria’.

Tapi,salah satu semangat keakhawatan yang dapat dirasai ialah jika menang pun xpe,jika kalah pun tak berdendam.Malah,pada salah satu game,salah satu pihak dah kehabisan peluru.Pihak satu lagi dengan refleksnya menawrkan peluru mereka supaya sama rata.Best kan..^_^.

Satu lagi peristiwa yang kelakar,bila AJK nak mulakan satu lagi siri war game,dua-dua pihak lawan cakap “kami takkan lawan dah tapi kami bergabung tenaga lawan AJK pulak”..hehe…

Serangan agas!

Ini merupakan satu lagi cabaran di summer camp.Agas akan muncul dengna sangat banyaknya apabila tiba waktu malam.Dan,serangan paling hebat ialah ketika kami ingin solat maghrib dan isyak.MasyaAllah,ibarat mereka jugak turut bertasbih kepada Allah,tunduk dan sujud padaNya Yang Satu.

Bestnya perasaan dapat solat berbumbungkan langit dan bintang-bintang bertaburan dan berlantaikan rumput.Hanya dapat kat Summer Camp!.

Di sepanjang program itu pun,semua peserta summer camp dah macam ninja tutle dah nampaknya.Sebab nak menaham serangan agas ke seluruh badan.Gigitan agas boleh menyebabkan badan dan muka berbintik merah dan bengkak.Jika yang ada kulit yang sensitive,lagi teruk terkena kesannya.

Semburan insect repellent sedikit sebanyak membantu tapi tutup muka macam pakai niqab juga yang paling berkesan.^_^.

Apa yang paling,perasaan ukhuwwah itu yang paling terasa.Banyak aktiviti fizikal yang kami lakukan.Pengalaman memasak dengan penunu bunsen dan seurvive dengan barang makanan yang dah sediakan oleh AJK.Sangat menyeronokkan.

Adik-adik yang masih belum berpeluang ke summer camp.Jangan lepaskan peluang  jika berkesempatan untuk pergi.Yang pasti,tidak akan mengecewakan.

duduk-duduk beriman sejenak sambil bermesra dengan alam

duduk-duduk beriman sejenak sambil bermesra dengan alam

Apa yang pasti,berjalanlah dan lihatlah kebesaran Allah di sekeliling kita.

Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda)kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beraqal(iaitu) orang yang mengingati Allah  sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring

dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata): “Ya Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia,Maha Suci Engkau,peliharalah kami dari api neraka(Surah Ali-Imran,190-191)


Nak makan pinggan kalau tak kenyang

May 16, 2009

Terjumpe satu berita menarik..tak tahu pun selama ni.Hebat betul ciptaan Allah,macam-macam boleh buat.Kalau macam tu,nanti beli makan nasi sikit saje atau beli pinggan aje.:P

Pinggan ubi untuk yang belum kenyang

RAMANESS (kiri) dan rakannya, A Emmanuel meratah pinggan diperbuat daripada ubi kayu di Melaka semalam.

MELAKA – Pinggan boleh dimakan?

Bunyi mungkin pelik, namun ia boleh dilakukan apabila Pengarah Urusan NHI Sdn. Bhd., P. Ramaness selamba memamah pinggan ‘pakai buang’ organik keluaran syarikatnya sehingga habis.

Menurut beliau, pinggan berbiodegradasi keluaran syarikatnya itu adalah yang pertama di negara ini dan diperbuat daripada ubi kayu.

“Kami mengambil masa hampir tiga tahun untuk menyelidik dan membangunkan produk ini di kilang kami di Nilai,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut beliau, tujuan produk tersebut dihasilkan ialah untuk mencari alternatif kepada pinggan polistirena yang membahayakan alam sekitar apabila dibuang kerana ia lambat lupus.

“Jadi, pinggan ini lebih mesra alam dan tambahan pula, cebisan pinggan ini turut boleh digunakan sebagai makanan ternakan atau ikan peliharaan,” katanya.

INFO: Pinggan ubi kayu

  • Pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu

  • Prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit.

  • Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong.

  • Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan.

  • Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 hingga 240 darjah Celsius.

  • Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap produk memiliki ukuran standard.

  • Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang.

  • Bagi makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari.

  • Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun.

  • Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi.

  • April Fool,do you know?

    April 1, 2009

    Hari ini,1 april 2009,

    Masyarakat sekarang sudah biasa mendengar tentang hari April Fool.Hari di mana boleh mengenakan rakan2 dan taulan.Tetapi,adakah  kita tahu kenapakah di namakan April Fool?

    Kadang2 di kalangan kita,banyak  kali kita tidak meneliti terlebih dahulu kenapa meraikan hari tertentu terutamanya kita sebagai Muslim.

    Kita perlu banyak sangat tahu sejarah.Sejarah tentang jatuh dan bangunnya Islam.Dari situ,kita akan dapat melihat ‘big picture’ pada segala apa yang berlaku sekarang.

    Dahulunya,saya juga amat tidak meminati sejarah.Asal masuk kelas sejarah je,saya mesti tidur.Kesian dekat cikgu saya.Ampun cikgu!!.bukan sengaja nak tidur.huhu.Nanti bila saya dah jadi cikgu,barulah saya  faham bagaimana rasanya bila mengajar ada murid yang tidur.waaaa…

    Untuk pengetahuan cikgu(kalau cikgu sejarah saya baca blog saya).Saya dah rasa penting sangat untuk tahu pasal sejarah.^_^

    Saya suka  memetik kata2 seorang ni(dah tak ingat bila ntah dgr) :

    “Orang yang tahu pasal sejarah akan mencipta sejarah,tapi orang yang tak tahu sejarah akan jadi sejarah”.

    Kita pun kena sgt2 rajin membaca and ambil tahu pasal sejarah kita sendiri and berita terkini samada dalan dan luar negara.Tahukah kita pasal sejarah Andalusia yang 800 tahun itu?

    mosque

    granada20the20alhambra20at20night

    atau kisah tamadun Turki Uthamanniyah di mana Islam pegang 2/3 dunia.Huishh,kalaulah kita betul2 ambil tahu,memang rasa bangga jadi orang Islam.

    Tapi,umat Islam sekarang  kurang membaca.Sedangkan,Moshe Dayan,Minister of Defence of Israel sendiri pernah mengeluarkan petikan dalam akhbar mengatakan bahawa umat islam ini lemah sebab:

    moshe-dayan

    Sampaikan dia kate dia tulis dalam newpapers nie pun mesti xramai orang islam yang akan bace.huhuhu.

    So,Jom start dari sekarang kempen,a page a day baca buku.Pastikan diri kita untuk baca buku yang bermanfaat sekurang2nya satu page sehari.Not to forget,al-quran pun at least a page a day tau ^_^.

    studying1

    Ok,berbalik kepada sejarah April Fool.

     april_fools_day

    Sejarah Kejatuhan Spain Dan Kaitan Dengan April Fool:

    Kisah bermula di Spain,pada Zaman Kejatuhan Andalus pada 1492.Apabila Islam mula jatuh bila Al-Hambra diserahkan kepada Ferdinand Dan Isabella (suami dan isteri) melalui perjanjian 72 syarat dengan pemerintah Islam.Temeterainya perjanjian itu ialah antara Sultan Abu Abdullah bin Abi Hasan(Gabenor Granada) dan Ferdinand.Dalam perjanjian itu, kunci kota Granada akan diserahkan kepada Ferdinand dengan syarat masjid-masjid di Granada tidak akan diruntuhkan dan perlu mendapat izin terlebih dahulu jika ingin memasuki rumah orang islam.

    Tidak sampai beberapa hari,hampir semua orang Islam dibunuh dan dihalau.Masjid dirobohkan.Dan ketika itu,Sultan Abu Abdullah telah lari ke bukit.Dia melihat kotanya yang telah jatuh kepada Kristian sambil berkata:

    “Allahuakbar…Allahuakbar,sesungguhnya ini semua kuasa Kau”

    Dan airmatanya mengalir.Pada ketika itu,ibu Sultan Abu Abdullah turut berada disisinya.Ibunya berkata:

    “Menangislah kamu seperti seorang perempuan,kerana negaramu yang telah hilang,kerana kamu tidak pernah menjaganya seperti seorang lelaki”

    Berbalik tentang kisah umat islam di Spain atau di kenali sebagai Moors.Pada suatu hari,Ferdinand telah menawarkan kapal kepada umat islam untuk keluar dari Spain.Untuk memastikan orang Kristian tidak menipu,Orang islam telah pergi ke perlabuhan dan melihat adanya kapal itu.Jadi,mereka mula bersiap2 untuk berangkat.

    Tetapi,rupanya penyediaan kapal itu pun adalah satu helah.Ketika orang islam hendak ke perlabuhan,rumah umat islam digeledah dan dibakar.Kapal2 di perlabuhan juga dibakar.

    Kesemua penduduk Islam yang berada di perlabuhan telah dibunuh tanpa ditinggalkan seorang pun.Peristiwa berdarah itu diraikan oleh orang Kristian pada ketika itu dan diraikan sehingga sekarang.

    Lagi menyedihkan apabila umat Islam sendiri meraikannya seolah-olah turut bergembira dengan kematian saudara sendiri.Nauzubillah.

    Jadi,kepada yang baru tahu,jom sama2 muhasabah dan hayatilah..Jangan kita terjebak dand tertipu dengan ‘planning’ orang kafir.

    Salah satu lagi peristiwa yang menyedihkan dan menghina kita adalah pada October 1991,di Madrid.Temeterainya satu perjanjian yang dicadangkan oleh US yang dinamakan Perjanjian Damai Madrid antara Israel,Syria,Lebanon,Jordan dan Palestine(ketika itu,Palestine berada di bawah pimpinan Yasser Arafat .Kenapa perjanjian itu mesti dibuat Di Madrid?Semuanya ada maksudnya tersendiri.Di Madrid,kerana Madrid dulunya pernah menjadi jajahan orang Islam semasa zaman Kegemilangan.Dan ketika itu,tahun itu hampir kepada  ulangtahun ke- 500tahun kejatuhan Islam di Andalus ke atas Kristian.=(.

    Perjanjian Madrid itu tidak berjaya.Dan rentetan daripada itu,temeterai satu lagi perjanjian penting dinamakan sebagai Perjanjian Oslo(Oslo Accords) pada 1993 di Oslo,Norway. dan ‘officially signed di Washington.D.C melibatkan Yasser Arafat,Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin dan Bill Clinton.Antara isinya adalah Israel akan mengeluarkan tenteranya di kawasan Wesk Bank dan Gaza Strip dan Kawasan Jericho.Pada masa yang sama,PLO mengiktiraf ISrael sbagai sebuah negara.PLO berjanji tidak akan mengangkat senjata lagi kepada Israel.Peristiwa yang sangat menyedihkan

    Sedar tak kita,terlalu banyak peristiwa yang kita sendiri tak ‘aware’ .Sebab apa??Kerana kita tidak ambil-peduli.

    Jadi,bermula dari sekarang,mari sama2 kita memikirkan masalah umat.Kerana hidup kita bukan milik kita,masa kita bukan milik kita,harta kita bukan milik kita.Semuanya hanya pinjaman.Dan hidup di dunia ini hanya sementara.

    Petikan Hadis ke 40,Imam Nawawi,Sabda Rasulullah saw:

    ‘Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan(pengembaraan)’

    INsYirah,11.29pm


    Nectarbee is currently…..

    March 31, 2009

    1)Reading Enjoy Your life book (one page a day)

    enjoyyourlife

    a recommended book.Buku nie di tulis oleh Dr. Muhamaad ‘abd Al-Rahman Al-‘arifi,dimana he took almost 20years untuk menulis buku ini.

    -Beliau mendapat ilham dari buku How to Win Friends and Influence People by Dale Carnegie.Penulis membaca buku ini several times since 17years old and mula mengimplementkan apa yg dlm buku tuh ajar.

    -Tapi penulis mula realised buku How to Win Friends and Influence people xbagi benefit pada Dale Carnegie sendiri bila dapat tahu Dale Carnegie commit suicide.

    -And start dari situ,penulis mula menulis dari melalui pengalaman kehidupannya dan kehidupan Nabi Kita,Rasulullah s.a.w.

    -Penulis realised that our prophet’s life and his Companions are more than enough for us to learn lessons from.

    This book provide understanding how to deals with social problems in light of the prophetic lifestyle.

    -Cara buku ini diolah pun sgt menarik and xboring kalu nk baca.

    -So,saya juge sgt menggalakkan kawan2 untuk membaca buku ini dan polish our interpersonals skills.

    -Baru baca sampai 49muka surat so,nanti klu ade benda nak kongsi,i will write them later.=)


    Spring Camp kembali lagi Yeayy!!

    March 11, 2009

    spring-camp

    Jom2 datang…Jangan lepaskan peluang nie…

     

    Satu kenangan terindah..Spring camp a.k.a SNow Camp ^_^


    Alhamdulillah

    February 19, 2009

    Telah mendapat semangat yang baru lepas talk Discover Islamic Week tadi.Talk dari Dr Jamal,ketua fosis dari kanada sgt2 lah inspiring.Sampai tak terasa pun masa selama dua jam tu tamat.Yang pasti byk sgt2 input2 dan semangat yang dia curahkan..

    Antara isinya,tentang:

    1)why we should know our origin,Bagaimana byk manusia lupa pasal dari mana mereka datang.tidak kira muslim,christian,jewish.As a human being,mesti kita akan tertanya2 sape pencipta kita.Kita bukan diciptakan by chance.Sedangkan kereta,pen,baju,semuanya ade pencipta.Bagaimana manusia yang begitu complex boleh hidup secara by chance.

    2)why we should believe in god.Bertapa lemahnya manusia sedangkan kita sndiri takleh nk kawal ape yg berlaku dalam badan kita.Kita xleh nk control digestion kita,heart beat kita,blood flow kita and pengeluaran hormone.Kita hanya insan lemah.Begitu banyak kejadian alam dan apa yang berlaku kat badan kita sndiri boleh buat manusia beriman that there is a God.Apa yang pasti dalam quran pasal kebesaran Allah.


    3)the use of time.MAsa yan kita ada tak kan datang semula kat kita.Orang yang dah tua xkan jadi muda,pemuda xkan jadi kanak2,kanak2 xkan masuk balik dalam perut ibu.Yang pasti masa akan berjalan dan meninggalkan kita.Ramai orang yang tak buat2 aper2 pun dalam hidup dia.Masa berjalan like a blink of eye.tengook2 dh tua.Kalu hidup kita hnya untuk berhibur,maka kita akan tgk hidup kita takde makna.With all the hendonisme and tv wth thousand of channels.How can we accuse that our relationship with our family are not really good or how can we keep asking why the husband and wife is divorcing if everyone are spending more time with tvs, had more time to have fun with friends??Hiburan itu dibenarkan tapi begitu banyak hiburan dan setiap masa memikirkan hiburan bukanlah sesuatu yang baik.Jika badan kita memerlukan makanan dan rehat.Samalah dengan soul kita.Memerlukan makanan rohani utk diisi.adalah tak adil untuk memastikan  badan sihat dan bersih tapi membiarkan hati dan jiwa kosong dan kotor tanpa dibersihkan..Where is the justice??So,ingatlah,kita ini ade dua badan dan roh.Dua2nya kena jaga leklok.Dua2 main peranan penuh kepada kita.

    4)we should know the purpose of life.Cakap pasal manusia nie tugas dia is to worship Allah.Every thin we do is for the sake of Allah dalam apa jua perkara.Sebab kita nie insan yang lemah.Even Allah ciptakan kita ini kita tiada pilihan,Kita bukan boleh pilih nk lahir kat negeri mane,nk ade kulit warna putih or hitam,nk hari pada hari aper dan pukul berapa.Semua itu Allah yang tentukan.Macam mane manusia boleh begitu arrogant utk kate they havr they power and discriminate people.Satu perkara menarik,dia kate,org putih selalu dilihat tka suke org kulit hitam but the truth is they want to be like the black people.Sebabnya,ada yg suke buat tanning,supaya bgi nampak hitam.Sama jugak,mcm kat Asia,ade krim whitening and segala mak nenek bedak dan alat kecantikan untuk bagi putih..;).Dr Jamal kate ini namanya INFERIOR COMPLEX..eheheh…Sebab sebenarnya masing2 nk jadi macam orang lain,xnk jadi diri sndiri.


    5)What is our final  destination?Kemana kita?Hadis ade sebut,manusia ade 4 stage hidup.Kehidupan dalam alam rahim,alam dunia,alam barzakh dan alam akhirat.Jadi,dunia nie just a part of the whole journey.Why should we spent so much effort for dunia.We should use the dunia to reach our final destination.Macam mane seseorang muslim itu begitu yakin yg dia akan masuk syurga,tapi kita kena sntiasa muhasabah diri.Boleh jadi orang tu yg asalnya pakai proper attire as a muslim berubah 180 degree to a totally different person yang meninggalkan segala pakaian islam.Dan org yg asalnya queen of fashion boleh jadi akan jadi a good practising muslim and wearing a proper muslimah attire.Ini tidak mustahil sebab dh pernah berlaku.Maknanya tka mustahil utk futur,jadi jangan jadi terlampau yakin tapi kena sentiasa minta kat Allah supaya diberi hidayah and sentiasa thabat dalam menuju cinta Allah.

    MasyaAllah,best sgt,talk yg penuh dgn informasi dan jokes yg mendalam maksudnya,and selamba jerk…

    Lepas je talk tu terus dapat semangat baru!!!ehhehe,

    Dah alang ade kat uni,aku terus pergi ke library dgn fiza utk buat SPSS(statistic) yg tak sipa petang tadi.

    Alhamdulillah,Allah tolong sebab dh dapat figured out ape yg salah petang tadi,Even tak siap tapi at least dh dapat idea macam mane nk buat.

    Tepat pukul 9,kami keluar dari library,Sebab aku ade hal yg perlu diselesaikan dgn adik2.Keluar aje dari library dengan fiza,lalu dekat marquee ISOC.Dalam hati berfikir,dah lewat nie,adik2 mesti dah tunggu nk practise.

    Pastu ternampak my other two lovely housemates(Iman and roza) melambai-lambai dari dalam marquee.Macam gumbira ajer.

    Pasti pergilah kat diorg.Diorang telah bagitau satu berita yang sgt mengembirakannnnn….

    Sejurus selepas talk itu,seorang saudara baru telah masuk Islam!!!

    Alhamdulillah..Alhamdullillah..Allahuakhbar!!!

    Tiada kata lain yang terucap melainkan memuji Allah bila dengan berita yang menembira kan itu.

    Yang aku dapat lihat,dia adalah seorang british people.Dan Allah telah buka hati dia untuk menerima Islam.
    Aku peluk dia dan tak putus2 mengucapkan syukur..

    yg pasti ramai lagi manusia yg belum tersntuh.Ini satu hadiah dari Allah kepada kita yg mengajak manusia untuk kepada satu kehidupan yg lebih sempurna dan kepatuhan kepada penciptanya.

    Jangan putus asa.Ayuh..teruskan bekerja semua!!!


    Tough week

    February 17, 2009

    Bismillah,

    Tiada kata yang lebih mulia melainkan menyebut namaMu,Ya Allah..

    This week was quite a tough week…Begitu banyak kerja semester final year nie.

    But itu bukan alasan utk berehat and tidak bergerak lebih laju dalam dakwah.

    Bukan alasan untuk kate saye sibuk,

    kerana ada orang lain yang lagi sibuk dari saye,

    Tapi,jadikan kesibukan ini satu penguat dan latihan,

    untuk menghadapi cabaran mendatang yang lagi hebat ombaknya…

    Think positiveee!!

    InsyaAllah,Allah pasti tolong..

    Allah pasti tidak akan sia-siakan hambaNya,

    Alla pasti akan bagi ‘present yang best untuk hambaNya yang sabar,

    Allah pasti tidak akan tinggalkan hamba yang mencintaiNya sepenuh hati…

    Ya,aku pasti boleh,aku mesti boleh buat,sebab aku ade Allah!!!

    Everyone,lets do it together!!!…

    Even so,this week was also a memorable week,

    di kala 14 Feb 2009,sebahagian manusia meraikan Valentine,

    tapi,di Insyirah,manusia2 berkumpul untuk mendengar kesaksian kepada kebenaran,

    No more valentine…tapi more return to Allah!!!

    MasyaAllah,tugas sudah dijalankan tapi

    itu bukan bermaksud kerja dah abis,

    lagi banyak kerja mendatang…

    Ain,prepare yourself untuk masuk ke medan perjuangan yang sebenar..

    kurang 5bulan lagi,engkau akan pulang dengan membawa bekalan,

    untuk turun menyentuh hati-hati yang mendambakan pencerahan…

    Moga diri ini sentiasa thabat dalam jalan ini,

    menuju cintaMU yang abadi…

    ~Insyirah,17Feb09,10.36pm,after DIW tallk~


    We will not go down!!!

    January 21, 2009

    Assalamualaikum,

    nie lagik satu lagu yang indeed very touching dan menyentuh hati.Orang putih pun dah buat lagu untuk Palestine..huhu

    nie liriknya.Hayatilah!!

    A blinding flash of white light
    Lit up the sky over 
    Gaza tonight
    People running for cover
    Not knowing whether they’re dead or alive

    They came with their tanks and their planes
    With ravaging fiery flames
    And nothing remains
    Just a voice rising up in the smoky haze

    We will not go down
    In the night, without a fight
    You can burn up our mosques and our homes and our schools
    But our spirit will never die
    We will not go down
    In Gaza tonight

    Women and children alike
    Murdered and massacred night after night
    While the so-called leaders of countries afar
    Debated on who’s wrong or right

    But their powerless words were in vain
    And the bombs fell down like acid rain
    But through the tears and the blood and the pain
    You can still hear that voice through the smoky haze

    We will not go down
    In the night, without a fight
    You can burn up our mosques and our homes and our schools
    But our spirit will never die
    We will not go down
    In Gaza tonight

    We will not go down
    In the night, without a fight
    You can burn up our mosques and our homes and our schools
    But our spirit will never die

    We will not go down
    In the night, without a fight

    We will not go down
    In Gaza tonight


    A Very Touching Song

    January 21, 2009

    Assalamualaikum,

     

    In my dreams, Children sing
    A song of love for every boy and girl
    The sky is blue, the fields are green
    And laughter is the language of the world
    Then I wake and all I see is a world full of people in need

    Tell me why, does it have to be like this
    Tell me why,  is there something I have missed
    Tell me why, cause I don’t understand
    When so many need somebody
    We don’t give a helping hand
    Tell me why

    Every day, I ask myself
    what will I have to do to be a man
    Do I have, to stand and fight
    To prove to everybody who I am
    Is that what my life is for?
    To waste in a world full of war

    A very touching song for Palestin.MasyaAllah,setiap kali tengok pun mesti nangis..Moga rakyat palestin diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segala mehnah.Kita yang tengok pun dah rasa perit,apatah lagi,mereka yang memang berada di sana,mesti lagi perit.

     

    Selamatkan Palestin!!Selamatkan Palestin!!Selamatkan  Palestin!!

     

    Di samping itu,Hamas telah mengumumkan kemenangan mereka terhadap Israel,apabila Perdana Menteri Israel sendiri,Ehud Olmert mengakui masih belum menyampai matlamat untuk menjatuhkan Hamas dan Hamas masih lagi berdiri kukuh di Gaza.

     

    Apa yang pasti,semangat jihad tentera Hamas tidak akan dapat dipatahkan dengan kereta-kereta kebal,jet pejuang canggih dan serangan bom bertubi-tubi.Hampir 80 tentera israel yang mati,ade tentera israel yang ditawan bridged al-Qassam dan ada yang telah mati keran di bom oleh tentera israel sendiri dan byk juga kerata kebal yang diserang oleh pejuang Palestin.

    Apakah kita belum mengambil pengajaran????.Apa yang pasti,kita jangan putus-putus doa dan boikot.Kerana ini bukan isu yang bermusim,tetapi ini isu global yang tiada penghujungnya.

     

    Apa yang kita buat untuk mengubah diri dan masyarakat ke arah menyedarkan mereka untuk kembali kepada Islam dan memperjuangkan nasib orang Islam yang lain?????

     

    Fikir-fikirkan…


    Oh Palestine

    January 7, 2009

    free_palestine

    Ape nk jadi dengan dunia ini??Hari ini sudah masuk hari ke 12 serangan terbaru israel ke atas gaza selepas 6 bulan gencatan senjata yang berakhir pada 19disember 2008.Bilangan rakyat palestin yang syahid dan cedera meningkat dengan begitu mendadak dalam masa satu minggu.

     

    Alasan serangan israel ke atas gaza ialah kerana ingin mempertahankan diri amat tidak dapat di terima akal.Siapakah sebenarnya yang mempertahankan diri??Adakah israel yang mempunyai kekuatan senjata antara 4 terbesar di dunia ini yang tercabul dengan serangan bom ringan Hamas atau rakyat palestine di aza yang dikepung oleh tentera israel dengan sekatan tenaga elektrik,air,ubat-ubatan dan pakaian itu yang tertindas??Amatlah tidak logik!!

     

    Apakah Hamas akan hanya berdiam diri dan membiarkan rakyat palestine mati secara perlahan dengan bekalan makanan yang hampir tiada di Gaza itu??Tentulah Tekanan di kenakan ke atas israel.Apakah rakyat palestine tegar untuk hanya melihat kehidupan terus melarat yang sehinggakan terpaksa memakan rumput di jalanan dan mati dengan mudah tanpa berusaha mempertahankan gaza dari serangan ISrael??

    Kekejaman israel bukanlah satu cerita dongeng atau cerita yang baru.Tetapi occupation israel ke atas palestine sudah berlarutan hampiur satu abad semenjak Perjanjian BAlfour. US sudah menolak dengan kuasa veto hampir 42 deklarasi pendamaian yang diutarakan oleh PBB.Jadi,siapakah lagi yang ingin mempertahankan palestine jika bukan Hamas dan rakyatnya.Kerana PBB dan UN itu sudah lumpuh dan tidak mampu bersuara di bawah kekuasaan US.Samalah perihalnya dengan OIC dan liga Arab.

     

    Apalah sangat yang dapat kita harapkan dari mereka,sedangkan mereka sendiri kaku di hadapan israel.Apalah yang kita dapat harapkan dari Husni Mubarak(Presiden Mesir) setelah ditekan untuk membuka sempadan Mesir-Gaza tetapi beliau tetap mempekakkan telinga dan menutup mata melihat kekejaman Israel.Mereka ini kaku untuk membuka sempadan untuk kemasukan bekalan makanan untuk gaza dan kaku untuk bangkit mempertahankan palestine atas dasar sesama muslim??

     

    Kerana mereka sudah bersepakat dengan israel,mereka berdamai dengan israel dan mereka mengangkat tangan dari bersama2 bertanggungjawab mempertahankan palestine.

     

    Oh Mesir…Oh Jordan…Oh negara-negara Arab yang kaya…Oh umat islam di Malaysia..Oh umat islam di seluruh dunia….Sedarlah…Bangkitlah….Palestine itu tanah wakaf umat islam.Apakah kita hanya akan menyesali  apabila palestine itu sudah hilang di tangan kita.Adakah kita hanya akan berkata “dulu di tempat itu ialah palestine!!”.Kitalah yang akan mempertahankan palestine andai semua rakyat Palestine sudah syahid!!!

    Doa…doa dan doa….untuk palestine…Allahummansuri Mujadihidin fil Falestine!!!

    Boikot…boikot…Boikot barang2 israel dan US…Tidak akan mati kita jika kita xmakan MCd,xminum coca-cola,tak gune losyen Johnson and Johnson,tak minum milo nestle dan tak pakai perfume DKNY.Apkah kita sanggup untuk membelikan peluru yang akan menembak umat Palestine!!!

     

    Pada 3jan yang lepas,aku sempat untuk menyertai Demo protest kepada serangan Israel kepada gaza.MasyaAllah,seluruh UK bangkit menyatakan rasa tidak puasa hati dan isu palestine ini bukan sahaja isu agama tetapi telah melanggar hak kemanusiaan.Ramai orang non-muslim yang lagi bersemangat dari umat islam dan melaungkan Free…free …palestine!!!!   From the river to the sea..palestine will be free!!!   No justise no peace!!!

    Ini kali pertama kali menyertai demo dan rasa puas untuk melaungkan pembebasan palestine dan memberitahu kepada dunia isu palestine bukan isu kecil.Dan majoriti warga2 undergrad leeds sama2 turun dan menyediakan poster untuk demo itu…:)…