ROS? ape tu

October 7, 2009

Bismillah,

it have been a long time since i wrote a new entry.Wow..it almost 2 months ago i think.Well,there a lot of things happened and i had no chance to sit and write to share what i have done.

The Raya is over.Its time to go back to school and doing my ROS( Rancangan Orentasi Sekolah).It is a 2 weeks program in our own selected school and we were asked to observe and look around the school to get to know and blend into the surronding and feel like a teacher in school. Luckily, i had  kak Ummi to do ROS together.So,at least i had friend to chat with.

i chose SMK Dato’ Razali Ismail,Kuala Terengganu which formerly called SMK bandar.First,becoz the school was my former school and secondly,the school is nearer to both of kak ummi’s and my house.thirdly,because,the school has a good reputation in discipline and academic compared to the other school in Kuala Terengganu excluding SESTER,SESMA and Sultan Sulaiman School.

Well,at first,it’s quite a boring day.Me and kak ummi had nothing to do.the first day in school was the day for hari raya celebration.So,all the students were wearing baju kurung and baju Melayu as it is hari Raya. We actually cannot recognize between teachers and students where everyone look indifferent.We’re thought by the teacher as students.

After a fews days,we  able to adapt the environment,with the teacher and the pupils. At first, feel quite funny to eat in the teacher cafe, a special room for teachers to eat. Well, i had been a student for 20 years. And now i have to act like a teacher.And, we still called the teachers ‘cikgu’ .

Guess what, we were asked to enter class in which their teacher is absent.You can do anything in the class whether to chat,do activities,teacher or play games as long as the pupils are under control and do not make noise.We called a relief class.The first class that i entered was 2 Al-farabi.I had lost control os the pupils.Huhu.I really had to learn the class control.

I als had the opportunity to observe good teacher.we called as Guru Cemerlang.They got the title for their excellent and good teaching skills.The teacher is really good.Before she allow her student to do the experiment.She demonstrate the experiment to the students first and give a clear instruction.Me and Kak Ummi were given an opportunity to give a short talk and motivation to the student and share our experience studying abroad. Well, quite fun!!.

Got to go now..i will continue next time ya


Fulltimer

September 28, 2009

Bila merenung ke langit dan melihat jarak UA yang ingin dicapai, ia tampaknya terlalu jauh. Bila? akan berlakukah angan-angan Al-Ustaz ISHAB itu? atau hanya angan-angan indah yang hampir mustahil menjadi kenyataan.

Memang manusia (dan kadangkalanya kita) merasa ianya angan-angan. Apa tidaknya? Semua manusia berduyun-duyun ke tempat kerja di setiap pagi dan pulang petangnya dengan penat dan membawa tubuh yang telah longlai. Memapah otak yang telah kering dan kabur. Siapa yang akan bekerja untuk Islam dan mencapai matlamat tinggi Islam kita itu? Ada berapa kerat manusia yang bekerja sepertimana kerjanya engginer, penyelidek, buruh, pengurus dan penekun software di syarikat-syarikat gergasi dunia? Jika syarikat-syarikat gergasi itu telah jutaan jam disumbangkan oleh pekerjanya, namum hingga kini ia masih belum menjadi UA. Bagaimana kita?

Kita ingin mencari pekerja fulltimer untuk urusan ini. Tapi di mana? ada berapa kerat yang sanggup dan mampu? Di mana akan di dapati kehidupan seperti orang lain juga yang inginkan kahwin, rumah, kenderaan, menyekolahkan anak-anak dan membina hidup jika duit yang ada hanya cukup untuk petrol dan tambang ke tamrin, halaqah, daurah dan menelepon followup?

Adik-adik di IPT begitu bersemangat untuk bekerja dan bergerak. Tetapi dari mana akan didapati modal untuk tambang, petrol dan tel? dari mana duit untuk belanja mad’u dan anak buah? Sedangkan biasiswa sendiri pun cukup untuk sewa rumah dan tambang ziarah ibubapa?

Adik-adik ini begitu gembira bila mendapati ramai abang kakak mereka mula bekerja. Tentunya nanti tabung kita akan penuh dan mereka akan lebih mudah untuk bergerak. Mereka yang belum bekerja begitu mengharapkan itu semua. Tapi mereka tidak tahu bahawa abang dan kakak ini telah ada perancangan mereka dalam hidup. Abang dan kakak masing-masing menyimpan plan rahsia mereka sendiri; untuk hidup seperti orang lain di luar sana.

Saban hari tiada yang berubah. Adik-adik ini menunggu, bilakah dakwah ini akan berubah dan menjadi rancak setelah ramai dari abang dan kakak telah menjadi profesional yang bergaji 4 angka?

Adik-adik ini tidak sedar. Abang dan kakak mereka mempunyai perancangan hidup yang tidak cukup dgn bilangan 4 angka tersebut. Abang dan kakak bukan lagi student yang boleh hidup seperti dulu. Ada banyak tanggungjawab yang entah datang dari mana bila bertukar status.

Kesian…. tinggallah adik meneruskan cita-cita dan angan-angan mereka. Dakwah tetap seperti sediakala walaupun ramai abang kakak mereka telah bergaji dan berkeluarga.

Sebenarnya abang dan kakak tidak perlu menjadi fulltimer dakwah dgn meninggalkan kerja dan duduk bersama di asrama dan hostel menjadi seperti student kembali setelah tamat belajar. Mereka telah mendapat lesen baru di medan. Lesen untuk mengaut sebanyak mungkin ‘alat’ untuk membantu dakwah. Alat ini tidak mungkin dapat dicapai oleh adik-adik kita.

Ketika keluar dari rumah di waktu pagi hari, ber’jam’ di jalanraya bersama manusia lain atau berebut menaiki komuter dan LRT, abang dan kakak mesti ingat.. bahawa mereka sedang bertungkus lumus untuk mencari sesuap nasi untuk menyuap mulut dakwah yang memerlukan.  Mereka bertarung sengit dengan mausia lain demi untuk meneruskan hidup mati dakwah. Ketika pulang, mereka membawa hasil kerja harian mereka untuk diserahkan kepada dakwah, setelah sebahagiannya di ambil untuk keperluan diri seperlunya bagi meneruskan pertarungan esok hari.

Alangkah indahnya kehidupan kita ini bila semua kita merasai bahawa mereka semua adalah fulltimer !

Taken From Muntalaq .wordpress.com


I’m now in terengganu

July 30, 2009

Saya sekarang di terengganu hampir dua hari dan sekarang currently preparing untuk ke IPDA untuk sambung Kpli.Apa yang pasti,walau dimana sahaja kita berada,dakwah itu tidak akan luntur.Masuklah sy sekarang ke medan saya dan moga semangat dan TUMUHAT aku akan menjadi satu kenyataan.

Doakan aku KUAT!!!

Esok,saya akan berangka ke Perak dan kemudian ke Kedah.Daftar 3 ogos ini.


REading In Progress:Bahtera Penyelamat

July 30, 2009

Review buku:Bahtera Penyelamat dalam kehidupan Pendakwah.

cover buku

cover buku

Penulis:Allahyarham Ustaz Fathi Yakan

Sedikit review tentang buku ini,

Buku ini basicly menceritakan tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh seoang daie yakni orang yang akan membangunkan manusia lain untuk submit kepada Allah.Ciri-ciri yang patut ada,bekalan-bekalan yang patut ada pada seorang daie dan bahtera=bahtera.

Saya sangat tertarik dengan mukaddimah dalam buku ini bahawa seorang daie itu perlu sedar bahawa dalam dia menyedarkan manusia lain dan  menyampaikan ilmu kepada orang lain,Dia perlu ingat dan sedar tentang hak dan tanggungjawab kepada diri sendiri.Kata-kata “orang yang tidak memiliki sesuatu pasti tidak akan dapat memberikan apa-apa.” begitu menusuk-nusuk kat hati nie.Kata-kata ini menampar-nampar dalam pipi saya.Bertapa kurangnye buku-buku fikrah yang saya baca.Dan,bagaimana kita nak memberi jika kita tak ade apa-apa.

Apa yang paling penting sebagai seorang daie ialah peningkatan diri mereka dan sejauh mana mereka mengamal apa yang mereka tahu dan istiqamah kepada apa yang mereka perjuangkan.

Wahai orang-orang yang beriman,mengapa engkau ,mengatakan sesuatu yang tidak engkau kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakanAs-Saff,2-3)

Cabaran-cabaran sebagai seorang daie iaitu orang yang bekerja untuk menegakkan agama Allah.

Rasulullah saw telah meramalkan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh para mu’min:

1)Mu’min yang dengki padanya

2)Munafiq yang benci kepadanya

3)Kafir yang memeranginya

4)Syaitan yang menyesatkannya

5)Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

Kemudian,buku ini menerangkan apa sifat-sifat yang perlu ada dalam diri seorang daie sebagai persediaan menghadapi cabaran.

Seorang daie perlu mempunyai sifat-sifat seperti:

1)orang yang sentiasa bertaubat

2)orang yang abid

3)orang yang sentiasa bertahmid memuji Allah

4)orang yang berpuasa dan bermusafir

5)orang yang ruku’ dan sujud

6)orang yang menyuruh yang ma’ruf dan mungkar

Bekalan-bekalan yang harus kita ada dalam menuju hari pembalasan:

1)Puasa di hari yang amat panas demi hari kebangkitan

2)Sembahyang 2 rakaat di malam yang gelap demi kelengangan kubur

3)Tunaikan Haji demi  kegigihan melaksanakan hal-hal yang sukar






Berjalanlah 1

July 11, 2009

Bismillah,

sudah lama tidak menulis di sini.Keras jari-jari tangan tak tahu nak menaip ape.Tapi banyak perkara yang ingin dikongsikan bersama.Alhamdulillah,syukur ke hadratNya,saya diberi peluang dan iradah untuk berjalan melewati tempat di UK melawat sisters dan diizinkan Allah untuk pergi menziarahi rumah Allah dan tanah haram.

Dan banyak yang saya dapat lihat dan belajar dari pengembaraan kali ini.Boleh dikatakan non-stop perjalanan saya.Dan fahamlah saya kenapa banyak sekali dalam Allah sebut dalam ayatNya kita perlu berjalan2 melihat kebesaran Allah.

Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yamg mendustakan(Rasul-rasul) (surah Al-Nahl,36)

Katakanlah ‘berjalanlah kamu di bumi merantau,lalu memperhatikan bagaimana akibat orang-orang yang berdosa.Dan janganlah kamu berduka-cita terhadap mereka dan janganlah(dadamu) merasa sempit terhadap tipu daya mereka

(surah al-Naml,69)

Alhamdulillah,sepanjang saya di UK,Allah bagi peluang kepada saya untuk berjalan dan merantau ke beberapa tempat dan mengambil pengajaran daripada perjalanan itu.Pesanan saya kepada adik-adik yang berpeluang untuk belajar di  luar negara ialah pergilah berjalan ke tempat di mana islam pernah bertapak dan ambil pengajaran daripadanya.

Jika orang bertanya saya ke mana mahu pergi di waktu cuti.Maka saya tentu akan mencadangkan pergi ke Spain,Turkey,Mesir dan Tanah Haram.Kerana di situ terlalu banyak sejarah-sejarah kita yang boleh diimbau dan dihayati.Pergilah dan lihatlah.Mesti tak akan menyesal.

Siri perjalanan saya ialah ke Tanah Haram- Leeds-Summer Camp UK-Leeds-London-Nottingham-Edinburgh-Glasgow-Aberdeen-Leeds

————————————————————————————————————————————————————————

Summer Camp UK  2009

permandangan pada waktu summer
permandangan pada waktu summer

Untuk kali ni,saya suka untuk bercerita tentang Summer Camp UK 2009.Walaupun sudah tiga tahun saya di UK,hanya tahun ini,Allah bagi peluang untuk bersama-sama sisters semua untuk memenuhi salah satu daripada 10muwasofat muslim iaitu sihat tubuh badan.Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Satu perasaan yang tidak dapat diucapkan.

Selepas sehari balik dari umrah,berehat di Leeds.saya dan fiza terus mempacking barang untuk ke Summer Camp.Tiket pun beli pagi sebelum bertolak.Apa yang pasti semangat berkobar-kobar untuk ke sana walaupun sudah lewat dua hari dari hari program.Sejam sebelum bertolak,kauthar dan iman pulang dari summer camp.Mereka perlu pulang awal untuk persiapan ke umrah untuk group kedua.Dan kami bakal mengantikan tempat mereka.

Oleh kerana tempat camp agak terpencil.Iman dah tunjukkan peta untuk masuk ke tempat perkhemahan.Terbit juga perasaan risau di dalam hati kami andainya tersesat jalan.Sampainya kami di dentinasi,Allah pertemukan dengan sisters birmingham.Mereka pun terpaksa pulang awal.Sedihnya sebab tak dapat bersama-sama mereka bersummer camp.

Tapi,insyaAllah,perancangan Allah itu cantik.Dan kami  juga meminta sister birmingham untuk melukis peta ke tempat perkhemahan sister.Mereka telah terlebih dahulu memberi ‘warning’ kepada kami kepada lembu-lembu dan agas!

Kami menaiki teksi dan sampai di main entrance.Sekali lagi Allah tolong!Kami melihat kelibat orang yang memakai tudung dari kejauhan menuju ke arah kami.Kami yakin itu mungkin sisters kami!Yup,dari jauh,kami sudah melambai kepada mereka.Kami  kemudian bersama turun ke tempat perkhemahan dan terpaksa melalui lembe-lembu yang meragut rumput.

Daripada cerita sister itu,dah ada beberapa orang yang hampir dikejar oleh lembu.Huhu.Tapi,memanglah sangat logik kenapa lembu itu akan kejar.Sebab kami yang menganggu kasawan mereka.Tapi,kami akhirnya kami sampai dengan selamatnya,Dan sampainya kami di tempat camping,kami disambut dengan ‘warmly’ oleh semua sister.Bahagianya perasaan ini.

bakal merindui suasana ini..masa yang terluang digunakan sepenuhnya
bakal merindui suasana ini..masa yang terluang digunakan sepenuhnya

War Games

Tema summer camp ialah menyelusuri sirah maghazi(kisah-kisah perang).Alhamdulillah,berpeluang mendengar kisah-kisah perang dan merasai perasaan berperang.Kami berpeluang untuk merasai perasaan sahabat-sahabat ketika berperang melalui war game.Perasaan takut,ingin menang,resah,gelisah.Semuanya bercampur-baur.

Takut terbunuh dengan belon air!!.Ya Allah,kenapa sahabat-sahabat tak takut pun dengan pedang dan serangan pemanah.Sedangkan aku…takut dengan peluru air.Perasaan ingin syahid itu berkobar-kobar tapi adakah cukup kuat jika aku betul-betul di medan perang??

Matikan aku dalam syahid,ya Allah.Biarlah,langkahku dan impianku hanya untuk syahid.Semoga segala amal dan perbuatan untuk mendapatkan redhaMu,Ya Allah

Pengajaran yang kami ialah tentang pergantungan kita kepada Allah dalam setiap hal.Bagaimana niat kita terlalu senang berubah.kadang-kadang,kita lawan sebab nak menang,bukan sebab buat kerana Allah atau nak tegakkan agama.Atau jika dah menang,kita merasakan itu adalah kerana usaha kita dan membawa kepada ria’.

Tapi,salah satu semangat keakhawatan yang dapat dirasai ialah jika menang pun xpe,jika kalah pun tak berdendam.Malah,pada salah satu game,salah satu pihak dah kehabisan peluru.Pihak satu lagi dengan refleksnya menawrkan peluru mereka supaya sama rata.Best kan..^_^.

Satu lagi peristiwa yang kelakar,bila AJK nak mulakan satu lagi siri war game,dua-dua pihak lawan cakap “kami takkan lawan dah tapi kami bergabung tenaga lawan AJK pulak”..hehe…

Serangan agas!

Ini merupakan satu lagi cabaran di summer camp.Agas akan muncul dengna sangat banyaknya apabila tiba waktu malam.Dan,serangan paling hebat ialah ketika kami ingin solat maghrib dan isyak.MasyaAllah,ibarat mereka jugak turut bertasbih kepada Allah,tunduk dan sujud padaNya Yang Satu.

Bestnya perasaan dapat solat berbumbungkan langit dan bintang-bintang bertaburan dan berlantaikan rumput.Hanya dapat kat Summer Camp!.

Di sepanjang program itu pun,semua peserta summer camp dah macam ninja tutle dah nampaknya.Sebab nak menaham serangan agas ke seluruh badan.Gigitan agas boleh menyebabkan badan dan muka berbintik merah dan bengkak.Jika yang ada kulit yang sensitive,lagi teruk terkena kesannya.

Semburan insect repellent sedikit sebanyak membantu tapi tutup muka macam pakai niqab juga yang paling berkesan.^_^.

Apa yang paling,perasaan ukhuwwah itu yang paling terasa.Banyak aktiviti fizikal yang kami lakukan.Pengalaman memasak dengan penunu bunsen dan seurvive dengan barang makanan yang dah sediakan oleh AJK.Sangat menyeronokkan.

Adik-adik yang masih belum berpeluang ke summer camp.Jangan lepaskan peluang  jika berkesempatan untuk pergi.Yang pasti,tidak akan mengecewakan.

duduk-duduk beriman sejenak sambil bermesra dengan alam

duduk-duduk beriman sejenak sambil bermesra dengan alam

Apa yang pasti,berjalanlah dan lihatlah kebesaran Allah di sekeliling kita.

Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda)kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beraqal(iaitu) orang yang mengingati Allah  sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring

dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata): “Ya Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia,Maha Suci Engkau,peliharalah kami dari api neraka(Surah Ali-Imran,190-191)


Rainbow heart

May 28, 2009
Nawwar,Habibah,Naufa.....Nectar love all of u

Nawwar,Habibah,Naufa.....Nectar love all of u

Picture taken from nawwar’s blog

Di rumah insyirah,tersemat lah nama Nectar,Nawwar,Habibah dan Naufa.Pelbagai ragam dan cerita.Tak lama lagi,insyirah akan terkubur.Tiada lagi insyirah.Tapi,moga kenangan kita kan tersemat.Rindu dan sayang kita kerana Allah.Pahit manis di rumah Insyirah jangan dilupakan

Moga kenangan solat jemaah kita,makan dulang kita,kejut subuh kita,kejut tidur sekejap,gurau kita,semangat kita dan segalanya kan terus terpahat di ingatan.Jangan lupa,day-out kita after nawwar exam 3hb.Ok..tak leh seronok2 sangat sebab nawwar tak abis exam lagi yang 18hb tu.:P.

Bakal rindu kan biah yang baik itu


Kerana rindu..

May 28, 2009

Dah banyak dah planning nak buat untuk lepas exam nie. iA,14-21june nanti saya akan berangkat ke Mekkah untuk menunaikan umrah. Doakan yang terbaik.

Perginya saya bukan kerana untuk berjalan-jalan atau sekadar nak puaskan hati sebab dah sampai Mekah. Tapi,saya amat berharap dapat rasa nikmat solat di hadapan kaabah, dapat tengok kaabah depan mata, dapat solat di masjid nabi dan dapat melawat Makam Rasulullah s.a.w. Rindunyaa…

Moga Allah permudahkan perjalanan kami. Dengan serangan penyakit swini flu,kerajaan Arab Saudi dah menghadkan bilangan pelawat dari negara yang ada kes swine flu. UK lebih-lebih lagi sebab siap ada kes yang meninggal sebab swine flu lagi.

Sejurus selepas Animal developmental,rabu lepas. Saya,fiza dan reym pergi buat appointment dengan nurse untuk injection for vaccine.S epatutnya dapat 3injection. Alhamdulillah,dia bagi dua dulu. Nanti satu lagi injection, esok pkul 2petang. Sakit juga rupenya. hehe. Sampai hari ini masih terasa lagi.




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.