Nak makan pinggan kalau tak kenyang

Terjumpe satu berita menarik..tak tahu pun selama ni.Hebat betul ciptaan Allah,macam-macam boleh buat.Kalau macam tu,nanti beli makan nasi sikit saje atau beli pinggan aje.:P

Pinggan ubi untuk yang belum kenyang

RAMANESS (kiri) dan rakannya, A Emmanuel meratah pinggan diperbuat daripada ubi kayu di Melaka semalam.

MELAKA – Pinggan boleh dimakan?

Bunyi mungkin pelik, namun ia boleh dilakukan apabila Pengarah Urusan NHI Sdn. Bhd., P. Ramaness selamba memamah pinggan ‘pakai buang’ organik keluaran syarikatnya sehingga habis.

Menurut beliau, pinggan berbiodegradasi keluaran syarikatnya itu adalah yang pertama di negara ini dan diperbuat daripada ubi kayu.

“Kami mengambil masa hampir tiga tahun untuk menyelidik dan membangunkan produk ini di kilang kami di Nilai,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut beliau, tujuan produk tersebut dihasilkan ialah untuk mencari alternatif kepada pinggan polistirena yang membahayakan alam sekitar apabila dibuang kerana ia lambat lupus.

“Jadi, pinggan ini lebih mesra alam dan tambahan pula, cebisan pinggan ini turut boleh digunakan sebagai makanan ternakan atau ikan peliharaan,” katanya.

INFO: Pinggan ubi kayu

  • Pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu

  • Prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit.

  • Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong.

  • Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan.

  • Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 hingga 240 darjah Celsius.

  • Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap produk memiliki ukuran standard.

  • Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang.

  • Bagi makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari.

  • Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun.

  • Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi.
  • 4 Responses to Nak makan pinggan kalau tak kenyang

    1. nawwar says:

      waaah sedapnya makan pinggannnn!!!!!

      haha.. lapar sngt lah tu kalau makan pinggan! huhu

    2. nectarbee says:

      hihi..
      bukan lapar,berjimat and mengurangkan kadar sampah yang akan mengurangkan pencemaran..Kreatif betul tak terfikir ubi kayu boleh jadik pinggan…

      Refleksi:Dalam dakwah pun kena kreatif fikir benda yang tak terfikir oleh orang.:)

      Berusaha!!

    3. tukangpin says:

      kih kih, khabar menarik ni..
      boleh saya publish ulang berita ni di salah satu blog saya yer? nanti saya letak link pada blog anda🙂
      terima kasih…

    4. Saf says:

      Salam,
      Saya ada menjual pinggan mangkuk organik buatan Malaysia yang mesra-alam yg diperbuat dari sekam padi, sabut kelapa, ubi kayu, hampas tebu, habuk kayu, bagi menggantikan melamin. Sila lawat laman web saya di http://safglobalsolutions.blogspot.com/. Terima Kasih.

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: