Oh Palestine

free_palestine

Ape nk jadi dengan dunia ini??Hari ini sudah masuk hari ke 12 serangan terbaru israel ke atas gaza selepas 6 bulan gencatan senjata yang berakhir pada 19disember 2008.Bilangan rakyat palestin yang syahid dan cedera meningkat dengan begitu mendadak dalam masa satu minggu.

 

Alasan serangan israel ke atas gaza ialah kerana ingin mempertahankan diri amat tidak dapat di terima akal.Siapakah sebenarnya yang mempertahankan diri??Adakah israel yang mempunyai kekuatan senjata antara 4 terbesar di dunia ini yang tercabul dengan serangan bom ringan Hamas atau rakyat palestine di aza yang dikepung oleh tentera israel dengan sekatan tenaga elektrik,air,ubat-ubatan dan pakaian itu yang tertindas??Amatlah tidak logik!!

 

Apakah Hamas akan hanya berdiam diri dan membiarkan rakyat palestine mati secara perlahan dengan bekalan makanan yang hampir tiada di Gaza itu??Tentulah Tekanan di kenakan ke atas israel.Apakah rakyat palestine tegar untuk hanya melihat kehidupan terus melarat yang sehinggakan terpaksa memakan rumput di jalanan dan mati dengan mudah tanpa berusaha mempertahankan gaza dari serangan ISrael??

Kekejaman israel bukanlah satu cerita dongeng atau cerita yang baru.Tetapi occupation israel ke atas palestine sudah berlarutan hampiur satu abad semenjak Perjanjian BAlfour. US sudah menolak dengan kuasa veto hampir 42 deklarasi pendamaian yang diutarakan oleh PBB.Jadi,siapakah lagi yang ingin mempertahankan palestine jika bukan Hamas dan rakyatnya.Kerana PBB dan UN itu sudah lumpuh dan tidak mampu bersuara di bawah kekuasaan US.Samalah perihalnya dengan OIC dan liga Arab.

 

Apalah sangat yang dapat kita harapkan dari mereka,sedangkan mereka sendiri kaku di hadapan israel.Apalah yang kita dapat harapkan dari Husni Mubarak(Presiden Mesir) setelah ditekan untuk membuka sempadan Mesir-Gaza tetapi beliau tetap mempekakkan telinga dan menutup mata melihat kekejaman Israel.Mereka ini kaku untuk membuka sempadan untuk kemasukan bekalan makanan untuk gaza dan kaku untuk bangkit mempertahankan palestine atas dasar sesama muslim??

 

Kerana mereka sudah bersepakat dengan israel,mereka berdamai dengan israel dan mereka mengangkat tangan dari bersama2 bertanggungjawab mempertahankan palestine.

 

Oh Mesir…Oh Jordan…Oh negara-negara Arab yang kaya…Oh umat islam di Malaysia..Oh umat islam di seluruh dunia….Sedarlah…Bangkitlah….Palestine itu tanah wakaf umat islam.Apakah kita hanya akan menyesali  apabila palestine itu sudah hilang di tangan kita.Adakah kita hanya akan berkata “dulu di tempat itu ialah palestine!!”.Kitalah yang akan mempertahankan palestine andai semua rakyat Palestine sudah syahid!!!

Doa…doa dan doa….untuk palestine…Allahummansuri Mujadihidin fil Falestine!!!

Boikot…boikot…Boikot barang2 israel dan US…Tidak akan mati kita jika kita xmakan MCd,xminum coca-cola,tak gune losyen Johnson and Johnson,tak minum milo nestle dan tak pakai perfume DKNY.Apkah kita sanggup untuk membelikan peluru yang akan menembak umat Palestine!!!

 

Pada 3jan yang lepas,aku sempat untuk menyertai Demo protest kepada serangan Israel kepada gaza.MasyaAllah,seluruh UK bangkit menyatakan rasa tidak puasa hati dan isu palestine ini bukan sahaja isu agama tetapi telah melanggar hak kemanusiaan.Ramai orang non-muslim yang lagi bersemangat dari umat islam dan melaungkan Free…free …palestine!!!!   From the river to the sea..palestine will be free!!!   No justise no peace!!!

Ini kali pertama kali menyertai demo dan rasa puas untuk melaungkan pembebasan palestine dan memberitahu kepada dunia isu palestine bukan isu kecil.Dan majoriti warga2 undergrad leeds sama2 turun dan menyediakan poster untuk demo itu…:)…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: