April Fool,do you know?

Hari ini,1 april 2009,

Masyarakat sekarang sudah biasa mendengar tentang hari April Fool.Hari di mana boleh mengenakan rakan2 dan taulan.Tetapi,adakah  kita tahu kenapakah di namakan April Fool?

Kadang2 di kalangan kita,banyak  kali kita tidak meneliti terlebih dahulu kenapa meraikan hari tertentu terutamanya kita sebagai Muslim.

Kita perlu banyak sangat tahu sejarah.Sejarah tentang jatuh dan bangunnya Islam.Dari situ,kita akan dapat melihat ‘big picture’ pada segala apa yang berlaku sekarang.

Dahulunya,saya juga amat tidak meminati sejarah.Asal masuk kelas sejarah je,saya mesti tidur.Kesian dekat cikgu saya.Ampun cikgu!!.bukan sengaja nak tidur.huhu.Nanti bila saya dah jadi cikgu,barulah saya  faham bagaimana rasanya bila mengajar ada murid yang tidur.waaaa…

Untuk pengetahuan cikgu(kalau cikgu sejarah saya baca blog saya).Saya dah rasa penting sangat untuk tahu pasal sejarah.^_^

Saya suka  memetik kata2 seorang ni(dah tak ingat bila ntah dgr) :

“Orang yang tahu pasal sejarah akan mencipta sejarah,tapi orang yang tak tahu sejarah akan jadi sejarah”.

Kita pun kena sgt2 rajin membaca and ambil tahu pasal sejarah kita sendiri and berita terkini samada dalan dan luar negara.Tahukah kita pasal sejarah Andalusia yang 800 tahun itu?

mosque

granada20the20alhambra20at20night

atau kisah tamadun Turki Uthamanniyah di mana Islam pegang 2/3 dunia.Huishh,kalaulah kita betul2 ambil tahu,memang rasa bangga jadi orang Islam.

Tapi,umat Islam sekarang  kurang membaca.Sedangkan,Moshe Dayan,Minister of Defence of Israel sendiri pernah mengeluarkan petikan dalam akhbar mengatakan bahawa umat islam ini lemah sebab:

moshe-dayan

Sampaikan dia kate dia tulis dalam newpapers nie pun mesti xramai orang islam yang akan bace.huhuhu.

So,Jom start dari sekarang kempen,a page a day baca buku.Pastikan diri kita untuk baca buku yang bermanfaat sekurang2nya satu page sehari.Not to forget,al-quran pun at least a page a day tau ^_^.

studying1

Ok,berbalik kepada sejarah April Fool.

 april_fools_day

Sejarah Kejatuhan Spain Dan Kaitan Dengan April Fool:

Kisah bermula di Spain,pada Zaman Kejatuhan Andalus pada 1492.Apabila Islam mula jatuh bila Al-Hambra diserahkan kepada Ferdinand Dan Isabella (suami dan isteri) melalui perjanjian 72 syarat dengan pemerintah Islam.Temeterainya perjanjian itu ialah antara Sultan Abu Abdullah bin Abi Hasan(Gabenor Granada) dan Ferdinand.Dalam perjanjian itu, kunci kota Granada akan diserahkan kepada Ferdinand dengan syarat masjid-masjid di Granada tidak akan diruntuhkan dan perlu mendapat izin terlebih dahulu jika ingin memasuki rumah orang islam.

Tidak sampai beberapa hari,hampir semua orang Islam dibunuh dan dihalau.Masjid dirobohkan.Dan ketika itu,Sultan Abu Abdullah telah lari ke bukit.Dia melihat kotanya yang telah jatuh kepada Kristian sambil berkata:

“Allahuakbar…Allahuakbar,sesungguhnya ini semua kuasa Kau”

Dan airmatanya mengalir.Pada ketika itu,ibu Sultan Abu Abdullah turut berada disisinya.Ibunya berkata:

“Menangislah kamu seperti seorang perempuan,kerana negaramu yang telah hilang,kerana kamu tidak pernah menjaganya seperti seorang lelaki”

Berbalik tentang kisah umat islam di Spain atau di kenali sebagai Moors.Pada suatu hari,Ferdinand telah menawarkan kapal kepada umat islam untuk keluar dari Spain.Untuk memastikan orang Kristian tidak menipu,Orang islam telah pergi ke perlabuhan dan melihat adanya kapal itu.Jadi,mereka mula bersiap2 untuk berangkat.

Tetapi,rupanya penyediaan kapal itu pun adalah satu helah.Ketika orang islam hendak ke perlabuhan,rumah umat islam digeledah dan dibakar.Kapal2 di perlabuhan juga dibakar.

Kesemua penduduk Islam yang berada di perlabuhan telah dibunuh tanpa ditinggalkan seorang pun.Peristiwa berdarah itu diraikan oleh orang Kristian pada ketika itu dan diraikan sehingga sekarang.

Lagi menyedihkan apabila umat Islam sendiri meraikannya seolah-olah turut bergembira dengan kematian saudara sendiri.Nauzubillah.

Jadi,kepada yang baru tahu,jom sama2 muhasabah dan hayatilah..Jangan kita terjebak dand tertipu dengan ‘planning’ orang kafir.

Salah satu lagi peristiwa yang menyedihkan dan menghina kita adalah pada October 1991,di Madrid.Temeterainya satu perjanjian yang dicadangkan oleh US yang dinamakan Perjanjian Damai Madrid antara Israel,Syria,Lebanon,Jordan dan Palestine(ketika itu,Palestine berada di bawah pimpinan Yasser Arafat .Kenapa perjanjian itu mesti dibuat Di Madrid?Semuanya ada maksudnya tersendiri.Di Madrid,kerana Madrid dulunya pernah menjadi jajahan orang Islam semasa zaman Kegemilangan.Dan ketika itu,tahun itu hampir kepada  ulangtahun ke- 500tahun kejatuhan Islam di Andalus ke atas Kristian.=(.

Perjanjian Madrid itu tidak berjaya.Dan rentetan daripada itu,temeterai satu lagi perjanjian penting dinamakan sebagai Perjanjian Oslo(Oslo Accords) pada 1993 di Oslo,Norway. dan ‘officially signed di Washington.D.C melibatkan Yasser Arafat,Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin dan Bill Clinton.Antara isinya adalah Israel akan mengeluarkan tenteranya di kawasan Wesk Bank dan Gaza Strip dan Kawasan Jericho.Pada masa yang sama,PLO mengiktiraf ISrael sbagai sebuah negara.PLO berjanji tidak akan mengangkat senjata lagi kepada Israel.Peristiwa yang sangat menyedihkan

Sedar tak kita,terlalu banyak peristiwa yang kita sendiri tak ‘aware’ .Sebab apa??Kerana kita tidak ambil-peduli.

Jadi,bermula dari sekarang,mari sama2 kita memikirkan masalah umat.Kerana hidup kita bukan milik kita,masa kita bukan milik kita,harta kita bukan milik kita.Semuanya hanya pinjaman.Dan hidup di dunia ini hanya sementara.

Petikan Hadis ke 40,Imam Nawawi,Sabda Rasulullah saw:

‘Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan(pengembaraan)’

INsYirah,11.29pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: