Berjalanlah 1

July 11, 2009

Bismillah,

sudah lama tidak menulis di sini.Keras jari-jari tangan tak tahu nak menaip ape.Tapi banyak perkara yang ingin dikongsikan bersama.Alhamdulillah,syukur ke hadratNya,saya diberi peluang dan iradah untuk berjalan melewati tempat di UK melawat sisters dan diizinkan Allah untuk pergi menziarahi rumah Allah dan tanah haram.

Dan banyak yang saya dapat lihat dan belajar dari pengembaraan kali ini.Boleh dikatakan non-stop perjalanan saya.Dan fahamlah saya kenapa banyak sekali dalam Allah sebut dalam ayatNya kita perlu berjalan2 melihat kebesaran Allah.

Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yamg mendustakan(Rasul-rasul) (surah Al-Nahl,36)

Katakanlah ‘berjalanlah kamu di bumi merantau,lalu memperhatikan bagaimana akibat orang-orang yang berdosa.Dan janganlah kamu berduka-cita terhadap mereka dan janganlah(dadamu) merasa sempit terhadap tipu daya mereka

(surah al-Naml,69)

Alhamdulillah,sepanjang saya di UK,Allah bagi peluang kepada saya untuk berjalan dan merantau ke beberapa tempat dan mengambil pengajaran daripada perjalanan itu.Pesanan saya kepada adik-adik yang berpeluang untuk belajar di  luar negara ialah pergilah berjalan ke tempat di mana islam pernah bertapak dan ambil pengajaran daripadanya.

Jika orang bertanya saya ke mana mahu pergi di waktu cuti.Maka saya tentu akan mencadangkan pergi ke Spain,Turkey,Mesir dan Tanah Haram.Kerana di situ terlalu banyak sejarah-sejarah kita yang boleh diimbau dan dihayati.Pergilah dan lihatlah.Mesti tak akan menyesal.

Siri perjalanan saya ialah ke Tanah Haram- Leeds-Summer Camp UK-Leeds-London-Nottingham-Edinburgh-Glasgow-Aberdeen-Leeds

————————————————————————————————————————————————————————

Summer Camp UK  2009

permandangan pada waktu summer
permandangan pada waktu summer

Untuk kali ni,saya suka untuk bercerita tentang Summer Camp UK 2009.Walaupun sudah tiga tahun saya di UK,hanya tahun ini,Allah bagi peluang untuk bersama-sama sisters semua untuk memenuhi salah satu daripada 10muwasofat muslim iaitu sihat tubuh badan.Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Satu perasaan yang tidak dapat diucapkan.

Selepas sehari balik dari umrah,berehat di Leeds.saya dan fiza terus mempacking barang untuk ke Summer Camp.Tiket pun beli pagi sebelum bertolak.Apa yang pasti semangat berkobar-kobar untuk ke sana walaupun sudah lewat dua hari dari hari program.Sejam sebelum bertolak,kauthar dan iman pulang dari summer camp.Mereka perlu pulang awal untuk persiapan ke umrah untuk group kedua.Dan kami bakal mengantikan tempat mereka.

Oleh kerana tempat camp agak terpencil.Iman dah tunjukkan peta untuk masuk ke tempat perkhemahan.Terbit juga perasaan risau di dalam hati kami andainya tersesat jalan.Sampainya kami di dentinasi,Allah pertemukan dengan sisters birmingham.Mereka pun terpaksa pulang awal.Sedihnya sebab tak dapat bersama-sama mereka bersummer camp.

Tapi,insyaAllah,perancangan Allah itu cantik.Dan kami  juga meminta sister birmingham untuk melukis peta ke tempat perkhemahan sister.Mereka telah terlebih dahulu memberi ‘warning’ kepada kami kepada lembu-lembu dan agas!

Kami menaiki teksi dan sampai di main entrance.Sekali lagi Allah tolong!Kami melihat kelibat orang yang memakai tudung dari kejauhan menuju ke arah kami.Kami yakin itu mungkin sisters kami!Yup,dari jauh,kami sudah melambai kepada mereka.Kami  kemudian bersama turun ke tempat perkhemahan dan terpaksa melalui lembe-lembu yang meragut rumput.

Daripada cerita sister itu,dah ada beberapa orang yang hampir dikejar oleh lembu.Huhu.Tapi,memanglah sangat logik kenapa lembu itu akan kejar.Sebab kami yang menganggu kasawan mereka.Tapi,kami akhirnya kami sampai dengan selamatnya,Dan sampainya kami di tempat camping,kami disambut dengan ‘warmly’ oleh semua sister.Bahagianya perasaan ini.

bakal merindui suasana ini..masa yang terluang digunakan sepenuhnya
bakal merindui suasana ini..masa yang terluang digunakan sepenuhnya

War Games

Tema summer camp ialah menyelusuri sirah maghazi(kisah-kisah perang).Alhamdulillah,berpeluang mendengar kisah-kisah perang dan merasai perasaan berperang.Kami berpeluang untuk merasai perasaan sahabat-sahabat ketika berperang melalui war game.Perasaan takut,ingin menang,resah,gelisah.Semuanya bercampur-baur.

Takut terbunuh dengan belon air!!.Ya Allah,kenapa sahabat-sahabat tak takut pun dengan pedang dan serangan pemanah.Sedangkan aku…takut dengan peluru air.Perasaan ingin syahid itu berkobar-kobar tapi adakah cukup kuat jika aku betul-betul di medan perang??

Matikan aku dalam syahid,ya Allah.Biarlah,langkahku dan impianku hanya untuk syahid.Semoga segala amal dan perbuatan untuk mendapatkan redhaMu,Ya Allah

Pengajaran yang kami ialah tentang pergantungan kita kepada Allah dalam setiap hal.Bagaimana niat kita terlalu senang berubah.kadang-kadang,kita lawan sebab nak menang,bukan sebab buat kerana Allah atau nak tegakkan agama.Atau jika dah menang,kita merasakan itu adalah kerana usaha kita dan membawa kepada ria’.

Tapi,salah satu semangat keakhawatan yang dapat dirasai ialah jika menang pun xpe,jika kalah pun tak berdendam.Malah,pada salah satu game,salah satu pihak dah kehabisan peluru.Pihak satu lagi dengan refleksnya menawrkan peluru mereka supaya sama rata.Best kan..^_^.

Satu lagi peristiwa yang kelakar,bila AJK nak mulakan satu lagi siri war game,dua-dua pihak lawan cakap “kami takkan lawan dah tapi kami bergabung tenaga lawan AJK pulak”..hehe…

Serangan agas!

Ini merupakan satu lagi cabaran di summer camp.Agas akan muncul dengna sangat banyaknya apabila tiba waktu malam.Dan,serangan paling hebat ialah ketika kami ingin solat maghrib dan isyak.MasyaAllah,ibarat mereka jugak turut bertasbih kepada Allah,tunduk dan sujud padaNya Yang Satu.

Bestnya perasaan dapat solat berbumbungkan langit dan bintang-bintang bertaburan dan berlantaikan rumput.Hanya dapat kat Summer Camp!.

Di sepanjang program itu pun,semua peserta summer camp dah macam ninja tutle dah nampaknya.Sebab nak menaham serangan agas ke seluruh badan.Gigitan agas boleh menyebabkan badan dan muka berbintik merah dan bengkak.Jika yang ada kulit yang sensitive,lagi teruk terkena kesannya.

Semburan insect repellent sedikit sebanyak membantu tapi tutup muka macam pakai niqab juga yang paling berkesan.^_^.

Apa yang paling,perasaan ukhuwwah itu yang paling terasa.Banyak aktiviti fizikal yang kami lakukan.Pengalaman memasak dengan penunu bunsen dan seurvive dengan barang makanan yang dah sediakan oleh AJK.Sangat menyeronokkan.

Adik-adik yang masih belum berpeluang ke summer camp.Jangan lepaskan peluang  jika berkesempatan untuk pergi.Yang pasti,tidak akan mengecewakan.

duduk-duduk beriman sejenak sambil bermesra dengan alam

duduk-duduk beriman sejenak sambil bermesra dengan alam

Apa yang pasti,berjalanlah dan lihatlah kebesaran Allah di sekeliling kita.

Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda)kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beraqal(iaitu) orang yang mengingati Allah  sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring

dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata): “Ya Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia,Maha Suci Engkau,peliharalah kami dari api neraka(Surah Ali-Imran,190-191)