Sebersih mana kita?

Bismillah,

Dah lama tak menulis.Ade satu topik yang agak menarik untuk dibincangkan.Terutamanya kepada kita muslimah.Mula-mula,lihat di sekeliling kita,ada tak barang-barang bersepah atau baju-baju ‘bertebaran’ di atas lantai?Atau ada tak pinggan dalam sink yang belum dibasuh dan dibiarkan beberapa hari?Jika tiada,maka tahniah!!Tapi jika ada,maka kita perlu buat sesuatu.

MENGEMAS!!!

Ini merupakan salah satu aktiviti yang kurang diambil berat oleh kita terutamanya sebagai muslimah.Dan,ketahuilah ia merupakan satu satu kebiasaan yang perlu ada dalam diri kita.Bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita sendiri.Kita Tak nak jadi macam ini kan sisters semua.Dan kita bukan macam nie iA.

Ada banyak sebab kenapa kita harus memastikan tempat kita tinggal kemas dan bersih.Islam sendiri menuntut kita untuk menjaga kebersihan.Rasulullah s.a.w sendiri menolong aisyah ketika dirumah menguruskan rumah.Jadi kita as sister perlu lagi extravaganza bersih kan?Dan mengemas pun valid untuk lelaki.Walaupun mengemas sinonim dengan perempuan,itu bukan bermakna lelaki boleh melepaskan tanggungjawab mengemas.

Bila tengok Video di atas mungkin,itu adalah kes extreme,tapi,rasa sangat best to be muslim sebab Islam ajar kita dalam semua aspek termasuk kebersihan.Sebab kita nak pastikan tempat kita nak tidur,tempat nak solat bersih kan.Islam dah ajar,cuma tunggu kita aja untuk mengamalkannya.Saya yakin,orang yang betul-betul pegang kepada Islam,peribadi dia,akhlak dia dan even tempat tinggal dia bersih.

Dan yang paling penting,kenapa kita memastikan tempat kita kemas kerana ini nilai peribadi yang orang akan lihat terutama adik mad’u kita.Bagaimana mereka ingin thiqah(percaya) dengan kita jika bab ilmu mengemas kita tidak lulus.Jika sesibuk manapun kita,jangan biarkan rumah atau bilik kita bersepah.

Rumah kan tempat yang paling best kita nak duduk dan dengan itu,pastikan bilik kita selesa diduduki dan Rumah yang kotor boleh mem’promote’ segala penyakit dan bacteria yang tak nampak dalam rumah.Cuba bayangkan jika sampah tak dibuang,lantai tak sapu,toilet tak pernah dibersihkan.Bermacam-macam penyakit yang boleh diundang.Cik lipas dan cik siti pun suke nak datang.

burger_maggot_

Bacteria macam Staphylococcus aures,Vibrio Cholerae dan Salmonella senang nak hidup dengan gembira dalam makanan kita yang dah basi atau lembap.Jadi,jika tidak dilupuskan,makanya amat senang untuk kita diserang penyakit dan paling buruk boleh menyebabkan kematian.

42-19878389

Bilik yang dah lama tak divacum jugak boleh megundang penyakit gatal-gatal,selsema dan batuk.

Ada tips tak macam mane?

So,apa tips-tips untuk pastikan diri kita dan tempat tinggal kita bersih dan kemas?As easy as ABC.

1) Buatlah dengan ikhlas dan niatkan kerana Allah.So,that apa yang kita buat bukan sekadar dapat membersihkan tempat kita tapi turut dapat pahala dan redha Allah

2) Jangan bertangguh!!!Ini boleh jadi sebab utama kenapa rumah tak bersih.Mula-mula satu dua baju aje dibiarkan atas lantai,lama-lama membukit pastu dah penat nak kemaskan sebab makin lama makin banyak kerja nak kena buat

2) Jadikan kebiasaan untuk mengemas.Kalau diamalkan,maybe it just takes a few minutes.Jika dah lama tak bersihkan rumah,mulakan yang ringan-ringan dahulu.Contohnya hari ini,lipat baju,esok,vacuum/sapu lantai dan lusa kemas dapur supaya tak rasa terbeban

3) Jangan biarkan pinggan tak berbasuh lebih dari tiga hari,kerana dengan kelembapan yang tinggi dan lebihan makanan,condition yang sesuai untuk bacteria tumbuh.Dan pastikan makanan yang sudah basi tidak dibiarkan saje.Ambil 2 minit untuk buang dalam tong sampah.Dan tong sampah yang sudah penuh,rajin-rajinkanlah untuk membuangnya di dalam tong sampah di luar rumah.

4) Rajinkanlah membantu ibu di dapur,rakan-rakan mahupun jiran sebelah rumah.Kerana itulah salah satu cara nak membiasa diri kita mengemas.

5) Menjadi lebih proaktif dan kreatif.Jangan malas!!!Buatlah aktiviti mengemas secara beramai-ramai atau jadikan mengemas itu sebagai salah satu senaman sambil beraerobik!!=).

6) Atau mengemas sambil berzikir dan mendoakan agar seluruh isi rumah dan tetamu yang datang sentiasa mendapat rahmat dari Allah dan merasa ketenangan bila datang ke rumah atau bilik kita.

7) Walau sesibuk manapun kita,pastikan bilik kita kemas dan bersih.Ini sebagai bekalan bila sudah berumah-tangga nanti.Nanti sejuk perut mak mengandung.iA.=)

8) Jika berjaya mengemas rumah,hadiahkan diri sendiri dengan award.contohnya belanja diri sendiri,beli hadiah buku,atau masak special untuk diri sendiri.:)

Hati kita?

Tapi,bila melihat program ini,nampak bahawa kita perlu sangat menjaga kebersihan rumah dan diri kita dari segi luaran.Tapi,cuba bayangkan diri kita yang lama tak basuh hati,tak vacum bekas-bekas dosa,tak mop sisa-sisa leka,tak bleach  stain mengumpat.Apalah agaknya rupa bentuk hati kita yerk.Mesti lagi menakutkan dari rumah kat dalam video itu.Bukan setakat busuk,hitam legam,lagi berminyak dan dimakan-makan oleh bacteria nafsu kita.

Tapi belum terlambat untuk kita kita start process ‘cleaning in progress’ slow-slow dengan cleaner taubat,mop tahajjud,bleach liquid al-quran.Kerana:

HambaNya yang berusaha selangkah menuju Allah,Allah akan seribu langkah menuju hambaNYa

Bak kate atirah :

‘Late is better than never’

Why kena bersih hati”

Sabda Rasulullah saw.:Ketahuilah dalam setiap jasad itu, ada seketul daging,jika baik daging itu,maka baiklah seluruh jasad itu.Jika rosak  daging itu maka rosaklah seluruh jasad itu,,Ketahuilah ia adalah qalb(hati).

Dan Pada pandangan Allah, Daripada Abu Hurairah katanya,

Rasulullah bersabda yang bermaksud,”Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu.” (Riwayat Muslim)

TAPI….

Tapi ini bukan lesen untuk kita tak jaga kebersihan diri dan tempat tinggal kita.As akhawat the minimise is kemas dan tidy.Tidak perlu pun kepada barang-barang mahal atau kemas over macam hotel(kalau boleh lagi bagus) asalkan tidak sampai seharian habiskan masa untuk mengemas sahaja.Kerana kita masih banyak lagi tugas-tugas penting yang perlu dilakukan.Masih banyak manusia di luar sana yang perlu dikejutkan dari tidur.Terkesan kerana pernah pergi melawat ke rumah seorang sister.Kak Affah.MasyaAllah,rumah dia sangat kemas dan bersih.Dan dia pun banyak masa spend dengan sisters dan banyak kerja dakwah lain yang perlu dilakukan.Jadi,tidak mustahil untuk kita memastikan diri dan tempat tinggal kita kemas dan pada masa yang sama,laju dalam kerja-kerja mengemas manusia

Wallahualam….


3 Responses to Sebersih mana kita?

  1. ecalz says:

    hmm…menarik!!! tapi kan, bilik saya nih..hehe..xde la bersepah sgt, skit je..hehe..ikut keadaan.keh3 kalo kemas, cepat je bersepah balik. (bersepah ikut ukuran ema!)hehe.. tapi ape pun, thanks for da nice artikel byk pengajaran, terutama bab kebersihan hati.hehe.. salam

  2. nawwar says:

    betul tu akak, kite stuju sgt. kite byk blaja dr mak kite since mak kite sibuk orgnya, n rumah kite kat mesia tu xde pembantu rumah. so apa mak kite buat, sambil2 tgh masak tu, de cuci microwave. sambil2 mandi, de sental sinki toilet. sebelum ambil wudhu de sempat sental toilet dulu. bende2 ni x amek masa yg lama pun. sekejap2, cuci sikit2. tp kalau buat selalu, istiqamah, itu lebih bersih dr kumpul2 kotoran n cuci sekali harung. huhu.. same goes dgn hati lah kan? hari2 kene muhasabah diri, hari2 kene istighfar selalu.

    anyway, sama2 lah kite jaga kebersihan rumah dan hati. heee
    byk pulak kite komen kali ni akak. huhu

    muaxx. slm syg,
    nawwar

  3. habibah says:

    huhu…x sangka ade org boleh hidup dlm keadaan cmtu. tp extreme sgt.hihi…btol2 kt bukan hanya nak bersih luaran jer yg dlmn lg la perlu bersih walaupun org x nmpk tp kt tau dr kt. jgn biarkan dh bertimbun kesilapan br bak taubat. klu kt nak appearance kt kemas dan cantik samela kt nak iman kt jugak cantik!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: