Kelas Iqra

Baa,aaa,taaa,

Taa,aaa,baa

Saa,taa,baa

Berkumandanglah suara2 kecil mengulang huruf2 yang tercatat di dalam buku iqra’.Ada yang sudah lancar dan ada yang baru mengenal huruf.

The shape like number one is called alif..

Kata seorang kakak kepada adik2 kecil yang di ajarnya.

 

Begitulah suasana di pagi hari pada setiap hari sabtu di hujung minggu.Pada ketika ,di green room,akan kelihatan adik2 perempuan kecil yang lengkap bertudung dan juga adik2 lelaki untuk belajar iqra’ di Green Room.Saya juga  berpeluang untuk turut serta mengajar kanak2 membaca iqra’ mengenal huruf al-quran.Biasanya,pelajar2 undergraduate yang akan membantu untuk mengajar anak2 posgraduate di Leeds mengajar Iqra’.Bagus jugak,sebab kadang2 pada hari sabtu,di waktu cuti yang permai,jika tidak keluar Leeds,saya hanya akan menghabiskan masa di rumah saja.Jadi,sekurang-kurangnya masa saya terisi dengan perkara bermanfaat.

 

Satu pengalaman yang menyeronokkan dan mencuit hati.Dalam masa yang sama,menguji kesabaran kita supaya tidak cepat marah..Hurmm,bagus juga sebagai latihan kepada bakal2 guru seperti saya untuk mengenali dan belajar untuk berkomukasi dan menarik perhatian mereka untuk belajar.Dan untuk para2 bakal ibu untuk mengenal gelagat si cilik yang lincah nie..

 

Pada awalnya,adik2 nie akan malu-malu kerana belum biasa lagi dengan kita.Kadang-kadang,nak dengar suara pun kena bisik2.hihi.ada juga yang tak boleh duduk diam,baca satu huruf,bergerak ke kiri,baca satu lagi huruf,tengok-tengok dah baring dah.heee.Macam-macam gelagat.Ini belum dikira adik2 lelaki lagi.Lagi la aktif,memang tak menang tangan nak melayan mereka

 

Untuk membolehkan mereka duduk dan membaca iqra’ itu bukanlah perkara yang senang.Mereka boleh untuk duduk dalam 5-10minit,tapi kemudian tumpuan mereka akan menerawang dan mula tidak fokus.Haaa,pada ketika inilah kita perlu pandai untuk menarik perhatian dia.^_^.Cabaran bermula!!.heeee.

 

Kadang2,kita kena relatekan sesuatu huruf dengan benda yang dia boleh ingat.Satu pengalaman yang mencuit hati yang berlaku ialah:

“OK!,the letter ba is for balloon,ja is for jumping spring,ra is for rainbow”,ajarku kepada adik Dana.

Alhamdulillah,dia mengingati huruf2 al-quran apabila menrelatekan dengan benda yang dekat dia dia,Tapi….rupanya jadi pula satu masalah.Setiap kali ditunjukan huruf  ‘jim‘.Bukan jaa yang disebutnya,tapi,jumping spring pula yang disebutnya.Terus lupa huruf itu nak sebut macam mana,tapi dia ingat jumping spring.^_^.hehe.

dsc000851 Dana dengan buku iqra’ nya

Tapi,selepas beberapa lama,Dana dah mula mengingati huruf2 tersebut cuma mengambil masa untuk menyebutnya.Slow-slow,kena banyak bersabar.

 

Elok juga untuk menggunakan visual macam video untuk memudahkan mereka mengingat.Macam video kat bawah.Saya selalu dengar lagu ini semasa saya menjaga kedai kain milik nenek saya di pasar payang di Terengganu.Masa itu,saya baru lepas SPM,tunggu keputusan peperiksaan keluar.Hampir setiap pagi dengar sampai naik hafal semua lagu kanak2 nie.hehe.Bila google2,jumpe video di bawah.Hurm,berguna juga untuk tunjukkan kat adik2 belajar iqra’.

Comel kan!!..

Selain dari mengajar mengaji,kami jugak mengajar mereka bagaimana untuk menulis huruf jawi,mengajar mengambil wudhu’ dan bagaimana untuk solat.Hehe.aku mengajar mereka dengan harapan mereka akan ada rasa berminat dan seronok untuk belajar islam.

 

Kanak2 ini ibarat kain putih yang suci lagi bersih.Kitalah yang mencorakannya.Dan harapnya,corak2 yang baik sahaja yang terukir di atas kain itu.Dan pada waktu kecil inilah mereka begitu senang untuk menyerap semua anasir samada baik atau jahat.

Wajah2 cute Adik Nadhira, Dana, Hannah, Insyira, Humayra, Humaira,Amirah,ina,abbas,muaz dan ramai lagi akan sentiasa diingati…

dsc00070

Adik kecil nie pun nak baca iqra’ jugak tau.Ajar kat orang lain dia pulak yang menjawab.hihi

dsc00090

Dah habis mengaji,sesi membaca pulak.Alamak,muka muaz tak nampak pulak.heee.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: