Resipi Agar-agar Roti

Bismillah,

Hari ini nak berkongsi resipi Agar-agar Roti.Biasanya saya buat puding Roti yang bakar guna oven.Dan beberapa minggu lepas,saya sudah mencuba resipi agar-agar roti.Yang ade kaler2 warna-warni kat atas tuh.

Bahan-bahan:

1paket agar-agar

7gelas air

5keping roti

3biji telur

1 sudu besar tepung custard

esen vanilla

 pewarna(merah,hijau,kuning)

1 1/2 gelas gula(kalu nak manis lagi,leh tambah lagi)

1tin evaporated milk(400ml)

Cara-cara:

1)Mula-mula,koyak roti kepada jadi kepingan kecil.Blendkan roti beserta telur dan tepung kastard dan susu.Biar sampai hancur.Ni bahagian A

2)Pada masa yang sama,masukkan satu packet agar-agar bersama 7 gelas air dalam periuk.

2)Panaskan sampai agar-agar larut dalam air

3)Masukkan gula

4)pastu,masukkan roti bahagian A yang telah diblend tadi.Pastikan sentiasa kacau dan api tidak terlalu besar.

5)Letakkan esen vanilla.Dan boleh nak rasa samada nak manis atau tawar.biasanya kalau nk masak agar-agar,bagi manis sikit,baru sedap bila makan mase dah keras nanti.

6)Ambil 3 portion bahagian adunan agar-agar  tadi  untuk diwarnakan mengikut warna kesukaan masing-masing.Biasanya ambil dalam 1senduk agar-agar untuk satu warna.Lagi banyak warna lagi cantik.Nak satu warna pun ok saja.

7)Selebihnya,masukkan ke dalam bekas.Dan terus ambil portion yang telah diwarnakan tadi,titikkan/corakkan di atas permukaan agar-agar dalam bekas tadi.Bolehla nak corakkan mengikut kreativiti masing-masing.

8)Biarkan ia keras dan letak dalam peti sejuk

Ok,dah ready untuk dimakan.Makan mula dengan bismillah yerk ^_^

Sori,xde gambar.Lupe nak ambil.Nanti kalau buat lagi,akan dimasukkan.iA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: