Kenalkah kita dengan tokoh ini?

Di kala waktu cuti winter atau spring,ramai di kalangan kita akan merancang-rancang cuti untuk pergi melawat-lawat tempat di seluruh eropah ini antaranya Paris,Czech,German,Rome,Mesir,Spain,Turki dan banyak lagi. Apabila menyebut tentang Paris atau France amnya.Tentunya akan terbayang di fikiran kita Kota Cinta, Eiffel tower,Disneyland,Mona Lisa Potret,Notre Dame dan banyak lagi.

 

Eiffel tower yang sinonim dengan Paris,France

Eiffel tower yang sinonim dengan Paris,France

 

 

 

 

 

Ops, kita lupa satu perkara.Ade satu nama tokoh yang sangat-sangat sinonim dengan France. Mungkin ade yang pernah membaca tentang kisahnya dan mungkin ini kali pertama mendengarnya… Siapalah agaknya yer?Kenalkah kita dengan tokoh ini.

Dia adalah Abdul Rahman Al-Ghafiqi, seorang pahlawan medan perang dan juga salah seorang tabiin agung yang sangat hebat.Mari kita menyelusuri kisah Abdul Rahman Al-Ghafiqi dan melihat bagaimana usahanya untuk menakluk France.Rancangan menakluk seluruh Perancis dimulakan oleh Al-Samah bin Malik al-Kaulaani yang pada ketika itu merupakan Gabenor yang memerintah Andalus dan wilayah-wilayah sekitar Perancis.

Serangan kepada Perancis dirancang kerana ingin menjadikan Perancis sebagai laluan utama untuk menakluk negeri-negeri Balkan dan sekaligus membuka jalan untuk menakluk Konstantinopel.Dengan ini dapat merealisasikan janji Rasulullah s.a.w iaitu

”Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin,tenteranya sebaik-baik tentera dan rakyatnya sebaik-baik rakyat”.(Hadis Rasulullah saw).

Islamic yang dulu pernah memerintah 2/3 dunia.Usaha orang Islam untuk menakluk Constantinople(Turki) melalui France

Islam yang dulu pernah memerintah 2/3 dunia.Usaha orang Islam untuk menakluk Constantinople(Turki) melalui France

 

 

Langkah pertama memenuhi cita-cita ialah dengan menakluk Kota Narbonne iaitu kota terbesar di Perancis dan paling hampir dengan Andalus.Selepas empat minggu jihad dijalankan akhirnya Kota Narbonne jatuh ke tangan tentera.Kemudian, Al-Samah melancarkan serangan ke kota Toulouse,ibu kota Aquitania.Ketika ini,beliau telah menggunakan majanik(senjata yang melontarkan batu) dan senjata yang belum pernah dilihat oleh masyarakat Eropah.
Kisah perang di kota ini diceritakan oleh Orientalis Perancis Renault ”Ketika peperangan hampir memihak kepada pihak Islam, Duke Aquitania telah mengerahkan seluruh rakyatnya untuk pergi berperang dan meminta bantuan dari seluruh Eropah.Jadi,bilangan tentera Eropah sangatlah ramai sehingga gerakan tenteranya menyebabkan debu yang berterbangan menutupi cahaya matahari di kota itu.Apabila kedua-dua belah pihak bertemu mereka kelihatan seperti gunung bertemu gunung.Al-Samah memacu kudanya ke hadapan dan tiba-tiba beliau terkena panah lalu rebah dari kudanya.Keadaan sangat kelam-kabut tetapi Abdul Rahman Al-Gahfiqi telah ke hadapan dan mengetuai misi pengunduran dan kembali ke Sepanyol”
Ibarat orang-orang yang mati kehausan di tengah padang pasir dan melihat air.Masing-masing akan menghulurkan tangan menangguk seteguk air untuk kembali bernyawa.Demikianlah ibaratnya bagaimana tentera Islam menghulurkan tangan mereka kepada Abdul Rahman Al-Ghafiqi.Kekalahan di Kota Toulouse merupakan kekalahan besar pertama di Eropah.
Berita tentang kekalahan umat Islam telah sampai kepada Khalifah di Damsyik.Berita tentang kematian panglima Al-Samah bin Malik Al-Khaulaani ibarat api yang membakar semangat untuk menuntut bela.Dengan itu Abdul Rahman Al-Gahfiqi telah dilantik menjadi Gabenor Andalus mengantikan Al-Samah.Abdul Rahman telah berjanji akan berusaha untuk mencapai matlamat agung yang dicita-citakan oleh para panglima Islam sejak zaman Musa bin Nusair hinggalah zaman Al-Samah bin Malik Al-Klaulaani.Semua panglima itu bercita-cita besar untuk mara ke Perancis,kemudian ke Itali dan German sebagai langkah awal menakluk Kota Konstantinopel.Seterusnya mengantikan Laut Mediteranean ibarat sebuah tassik dalam sebuah negara Islam dan diberi nama Laut Sham bagi mengantikan nama lamanya Laut Rom.
Abdul Rahman yakin bahawa persiapan menghadapi perang bermula dengan pemurnian jiwa.Beliau yakin bahawa tidak ada satu bangsa pun yang akan dapat merealisasikan impian mereka jika benteng mereka rapuh dan diancam dari dalam.Jadi, dari segi pemerintahan, dia akan meninjau setiap pegawainya dan memecat mana-mana yang tidak amanah.Beliau juga turut meneliti aduan satu demi satu dan mengembalikan hak yang dirampas kepada orang yang lemah.Beliau juga telah membina jambatan dan empangan.Empangan yang paling besar pernah dibina ialah Empangan Qurtuba di ibu negara Andalus yang memelihara rakyat dari bencana banjir.Empangan ini masih wujud dan digunakan oleh rakyat Sepanyol.Abdul Rahman telah membuat persiapkan selama dua tahun untuk membentuk dan melatih pasukan tentera.Meniup semangat dan menghidupkan hati para tentera dan membaiki benteng..(To be continued)
Nantikan kisah seterusnya peperangan Balat As-Syuhada di Perancis dan saat-saat mendebarkan yang berlaku dan melakar sejarah umat Islam di Eropah.

:: Kisah Abdul Rahman Al-Ghafiqi dipetik dari Buku 37 kisah Kehidupan Tabiin karangan Dr. Abdul Rahman Ra’fat al-Basha terbitan Pustaka Salam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: