Bersungguh atau bertangguh

Bersama Uncle Tips – #1 Bersungguh atau Bertangguh? PDF Print
 

 

By Uncle Tips, on 11-02-2008 18:18

Views : 606    

Favoured : 32

Published in : Artikel dan Karya, Motivasi Islami

 

To Do List

 

Kali ini BTi membawakan khas untuk anda tips-tips menarik untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Ikuti siri “Bersama Uncle Tips”

 

Assalamualaikum wbt. Kali ini Uncle akan berkongsikan tips menarik untuk elakkan diri dari terjebak ke dalam kancah prokrastinasi (procrastination), atau dalam bahasa Melayunya:

“hm, nanti jap la. Lepas ni kot aku buat insyaAllah”

“uh, susah nya benda ni. Malam nanti la kot start buat”

“eh, awal lagi ni, esok la start”

“leceh gak benda ni. Lagipun takde tenaga la sekarang. Tunggu ada tenaga sikit la”

Hehe.. jangan risau. Uncle faham perasaan sahabat2 semua. Ingat tak salah satu ciri-ciri fardi muslim (Individu Muslim) yang disebut oleh As-syahid Imam Hasanul Banna?

M u n a a z h o m u n   f i i   s y u ‘ u u n i h i

T e r s u s u n   U r u s a n n y a

Walaupun sikap suka bertangguh ni kebiasaannya berpunca dari sifat MALAS, namun beberapa bisikan2 kecil dapat dikenal pasti yang mendokong kemalasan kita.

Antaranya:

1.     Risau tak dapat selesaikan tugas tu dan gagal

o   Contoh: Kena call pegawai etc untuk uruskan hal2 tertentu.

o   Bisikan: “ni tengah waktu lunch ni, dia mesti busynya. Lagipun aku tak ‘bersedia’ lagi la nak call”

2.     Takut apa yang kita buat tak perfect

o   Contoh: Bangun qiyamullail

o   Bisikan: “aduh.. tinggal 3 minit je nak subuh. Tidur balik la. Baik takyah qiyam 3 minit je nak masuk subuh”

3.     Nanti terjadi sesuatu di luar jangkaan – so baik buat lain kali

o   Contoh: Ingin berkenalan dengan seorang sahabat

o   Bisikan: “Eh, boleh ke aku sapa dia ni. Nanti dia kata aku ni menyibuk la pulak. Ah, takpe lah. Esok boleh jumpa lagi.”

 

Ok. Cukup contoh setakat tu. Ini Tips nya.

 

1.     To Do List

·         Kalau sahabat2 belum ada, maka adakanlah ia. Elok di catat. Kitakan orang bermatlamat. Matlamat perlu sentiasa diperingatkan

·         Kalau dah ada, perbaiki To Do List anda:

o   Jadikan ia sedetail mungkin.

§  e.g. Hafal Quran VS Hafal 2 line dari Surah Al-Hasyr

2.     Mulakan dengan sesuatu yang kita suka

·         Don’t get me wrong here. Kadang2 kita akan berada dalam state iman yang lemah. Maka di sini tips ini boleh diaplikasi.

·         Contoh:

To Do List

[  ] Hari ni kena habiskan 5 page buku sirah
[  ] Beli bawang, rumah dah abis bawang

Kalau takde mood nak beli bawang, bacalah buku sirah dulu. *wink* hehe. Kalau nak terbalikkan contoh ni pun applicable jugak.

3.     Paradigma anda – Ikhlaskan diri

·         Kalau rasa2 tugasan tu panjang dan sukar utk diselesaikan. Betulkan mindset. Fikir tujuan kita buat. Kalau gagal (e.g. contoh call pegawai di atas), Allah kan melihat usaha kita, bukan hasilnya. Mengapa risau? J

4.     Limitkan masa!

·         Jika tugasan kelihatan panjang juga, buat lah sikit2. Limitkan masa, 5 minit contohnya. Jika buat dalam masa 5 minit tapi tak siap. Ok stop! Ha. Ni lagi bagus daripada terasa panjang dan terus tidur untuk “mengumpul tenaga”. (Hehe. Maaf tapi Uncle suka guna phrase ni)

5.     Jauhi perkara yang mampu alih perhatian anda!

·         Excessive Surfing (internet of course)

·         Excessive chatting (sama ada di alam maya atau di alam realiti)

·         Berpindah tempat kalau anda berada di keliling kawasan yang tidak menggalakkan anda menyiapkan tugasan tersebut.

Ok. Uncle rasa setakat tu dulu. Ingat, ilmu untuk beramal. Kalau sahabat2 ada sebarang komen atau apa2 tips lagi, jangan segan untuk kongsikan bersama dalam komen di bawah J

Sehingga berjumpa lagi.

Semoga Allah beri kekuatan untuk beramal…

Taken from http://bahantarbiyyah.info/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: